Maling UMNO Hanya Mampu Melaporkan Keadaan Banjir Yang Dahsyat

Di Facebook dan media sosial lain, pemimpin dan laskar kantoi maling hanya mampu berlagak seperti seorang Wartawan yang melaporkan kejadian. Entah apa yang mereka tahu selain hanya untuk mengaburi kesalahan yang mereka telah lakukan.

Sebab itulah dalam kenyataan, mereka tidak berani mengaitkannya dengan orang orang yang telah menyumbang kepada kemarahan sang pencipta hingga malapetaka kemalangan dan banjir berlaku dengan sangat dahsyat.

Pergi tonton rakaman kejadian banjir yang berlaku di negeri Pahang dan Selangor dibawah. Apa kemungkinan yang menyebabkannya adakah berpunca dari penebangan pokok dan pengondolan bukit semata mata atau ada faktor lain yang ada kaitannya dengan kes yang diheret ke Mahkamah tapi diperlakukan secara adil. Seperti contoh kalau yang melakukan kesalahan itu orang biasa walaupun atas kesalahan yang kecil maka mereka akan tidur di penjara walaupun baru dalam perbicaraan. Tapi kalau melibatkan pemimpin utama UMNO tetap berada diluar walaupun selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah. So dimana keadilan? Jangan ingat ketidakadilan seperti ini berada diluar pengetahuan Tuhan.

Walaupun begitu masih lagi pemimpin UMNO berkenaan merendahkan kemampuan orang lain walaupun atas kesalahan yang remeh. Sombong bodoh!

Dulu semasa kerajaan Perikatan Nasional jika bencana seperti ini berlaku maka jentera UMNO akan mendakwa konon inilah buktinya Perikatan Nasional sebuah kerajaan yang gagal.

Propaganda kerajaan gagal pada waktu itu tidak hanya dimainkan di media sosial tapi juga disebarkan di dunia nyata melalui kain rentang. Punyalah sampai hati dan jahanam.

Nah sekarang apa cerita, kerajaan mana sebenarnya yang gagal. Kerajaan yang di pimpin oleh Perikatan Nasional kah atau Keluarga UMNO?

Bukankah kalau dikira secara logik, kerajaan yang dipimpin oleh ketua ketua yang kantoi dan terbukti maling lah yang akan mengundang kemurkaan Tuhan?

Sudah tentu sahaja artikel ini akan dinafikan oleh penyokong parti yang kantoi maling tetapi jangan berundur, tanya pada mereka kenapa bila perkara yang terjadi ada unsur kebaikan maka yang diketengahkan ialah parti UMNO. Tapi kalau malapetaka dan bencana tidak pula dikaitkan dengan kebatilan yang sudah terbukti di Mahkamah. Kenapa?


2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: