PN dan GPS Bekerjasama Pada PRU15

KUCHING 15 DISEMBER 2021-Pengerusi Majlis Pemulihan Negara,Muhyiddin Yassin bercakap pada sesi Town Hall borsama Majlis Pemulihan Negara di Pullman Hotel,Kuching Sarawak
Muhyiddin Yassin berkata Pengerusi GPS Abang Johari Openg, mencapai persetujuan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju bekerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Dalam sidang media, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, beliau sudah bercakap dengan Pengerusi GPS Abang Johari Openg, menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

“Kami sudah mencapai persetujuan bagi pilihan raya negeri, kami menyokong GPS tetapi pada PRU15, kami mencapai persetujuan kerana beberapa calon daripada PN dan Bersatu ketika ini menyandang kerusi Parlimen di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, PN memberi laluan kepada GPS pada PRN Sarawak, dengan mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena di Bintulu, yang didakwanya mempunyai keahlian Bersatu seramai 13,000 orang.

“Ini adalah pilihan raya negeri, ia lebih kepada membentuk kerajaan negeri, jadi saya bersetuju. Namun, pada pilihan raya umum ia bertujuan membentuk kerajaan persekutuan.” (FMT)

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading