Kedudukan PM Ismail Goyang, Maling Tuntut Parlimen Dibubarkan

Benar dakwaan seorang penganalisis politik baru baru ini. Beliau berpendapat pemimpin kantoi maling Zahid Hamidi dan Najib Razak terus terdesak selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati benar Najib bersalah telah mencuri wang rakyat dan akan menjalani 12 tahun penjara selain denda sebanyak RM200 juta.

Sudah tentulah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah kerana skandal Yayasan Akal Budi, sedar gilirannya akan tiba dan akan dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi kerana menyeleweng wang rakyat.

Oleh kerana itu dua maling ini akan mendesak dengan apa cara sekalipun supaya Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri segera membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum.

Dari sudut lain kita mendapat gambaran ternyata kedaulatan negara ini bakal hilang sekiranya UMNO balik berkuasa, ini kerana mereka akan menodai sistem kehakiman, supaya hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah ke atas diri mereka ditarik balik.

Wow! negara Islam apa ini, mengalahkan negara komunis.

Kepada rakyat Sabah dan sudah tentu rakyat Sarawak pastikan UMNO benar benar hilang dari bumi kalian. Bahaya parti ni, mengalahkan mafia.


Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen kerajaan mengumumkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menolak sebarang usaha yang cuba mengugat pentadbiran kerajaan sedia ada.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata mereka memberi sokongan kepada Ismail Sabri sehingga habis penggal pada 2023 dan menolak sebarang usaha untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) awal.

“Kami menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mudah-mudahan beliau dapat menerajui kerajaan hinggalah habis penggal.

“(Habis) penggal itu sehingga 2023, ya. Jadi keadaan terus stabil, terus mantap dan kukuh,” katanya semasa sidang media petang tadi di bangunan Parlimen.

Tajuddin berkata MP blok pembangkang juga menyokong kerajaan Ismail Sabri, ia terbukti apabila Bajet 2022 yang dibentangkan sebelum ini sudah diluluskan selepas memperoleh majoriti diperlukan dalam Dewan Rakyat.

“Kerajaan ini mendapat sokongan daripada semua sebagaimana yang kita semua sedia maklum bukan sahaja dari pihak kerajaan yang menyokong tetapi pihak pembangkang juga.

“Pakatan Harapan pun telah berjanji dan menyokong kerajaan ini dan PM… Kita ucap terima kasihlah kepada pihak pembangkang, ini adalah politik matang baharu yang dibawa oleh Perdana Menteri,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dipimpin oleh Ismail Sabri selama 100 hari sudah membuktikan kemampuannya dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan rakyat, disamping kejayaan dalam melawan penularan wabak Covid-19.

“Kita berharap beliau akan terus memimpin kerajaan, pemimpin Kabinet untuk memberikan fokus kepada usaha-usaha membela rakyat untuk mengatasi masalah-masalah seperti Covid-19 dan juga masalah ekonomi rakyat dan lain-lain yang sewajarnya menjadi tumpuan kepada kerajaan dan kita.

“Kami menaruh kepercayaan yang tinggi kepada beliau sebagai Perdana Menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam tempoh 100 hari,” katanya lagi.

Ujarnya, penurunan kes jangkitan baharu yang mendadak adalah hasil langkah yang diambil oleh pentadbiran Ismail Sabri yang cekap dan efisien dalam menguruskan krisis dihadapi negara.

Sumber Agenda Daily memberitahu sebelum ini, semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan baru-baru ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dikekalkan, terdapat beberapa ahli MT yang berada dalam kem Presiden, Datul Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya PRU disegerakan.

Perkara itu membimbangkan kem Ismail Sabri yang berkemungkinan bakal disingkir dan akan menjadi PM tersingkat dalam sejarah.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan kes Najib menjadi topik utama dikalangan ahli MT UMNO yang menghadiri mesyuarat tersebut, majoriti tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terdapat beberapa ahli MT yang membangkitkan langkah untuk mempercepatkan PRU susulan keputusan Mahkamah Rayuan paginya itu.

Ahli MT yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan terdiri daripada kumpulan sebelah kem Zahid yang diketahui juga berdepan pertuduhan di mahkamah sama seperti yang dihadapi Najib.

Untuk rekod, Zahid dan Najib berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah yang sedang berjalan ketika ini.

Mesyuarat MT tersebut juga diadakan dengan tergesa-gesa, Zahid difahamkan mempertahankan Najib selepas keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

“Zahid menyatakan rasa simpati terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Najib, merasakan keputusan tersebut tidak adil dan berat sebelah,” kata sumber. (Agenda Daily)

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: