Bersatu Tawau Siap Sedia Hadapi PRU15

TAWAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tawau kini dalam keadaan bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri dan pilihan raya umum.Ketua Bahagian Bersatu Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar) berkata, sayap Srikandi dan Armada serta barisan kepimpinan parti di peringkat akar umbi sudahpun menemui pengundi di kawasannya.Menurutnya, susulan keputusan Parlimen yang meluluskan had umur 18 tahun ke atas berdaftar sebagai pengundi baru-baru ini, Parlimen Tawau kini mempunyai 91,096 pengundi, termasuk 28,459 berusia 18 tahun.

Sebelum ini, jumlah pengundi berdaftar Parlimen Tawau adalah seramai 62,637 orang.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Bersatu Tawau, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Sabtu.Dalam pada itu, Nizam yang juga Pembantu Menteri Kewangan berkata, semua Jawatankuasa Bersatu dan kempimpinan parti itu akan terus mendekati rakyat, khususnya generasi muda agar golongan itu lebih memahami perjuangan parti.

Mengulas persidangan itu pula, beliau menyatakan bahawa persidangan kali ini merupakan bukti dan tanda aras komitmen semua pihak dalam melaksanakan amanah diberikan parti dan masyarakat. Dalam perkembangan lain, beliau memohon Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar sentiasa mengambil perhatian kepada negeri Sabah, khasnya pembangunan. “Rakyat Sabah amat berharap projek Pan Borneo dan penyediaan sumber tenaga dapat disiapkan segera,” katanya.

Sumber

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: