Penyandang Adun Segama, Lahad Datu Kekal

Kedudukan Datuk Mohamaddin Ketapi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama adalah kekal.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, kerusi DUN Segama tidak akan dikosongkan walaupun Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu itu bukan lagi ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas beliau mengumumkan keluar parti 30 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan
Dr Yusof kekal Adun Sindumin – Speaker Dun Sabah
Adun Sebatik kekal bebas
Ahli Parlimen Lahad Datu keluar WARISAN [METROTV]
Warisan serah surat peletakan jawatan Adun Sebatik

“Pada 30 Oktober lalu, saya menerima satu emel daripada beliau (Mohamaddin) iaitu surat dan dokumen yang membatalkan segala ‘Aku Janji’ yang beliau tandatangani dengan Warisan sebelum PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu.

“Ketika itu saya berada di Kuala Lumpur. Pada 1 November, pejabat saya menerima satu surat dari sebuah firma guaman yang mengaku bertindak bagi pihak Mohamaddin yang mana surat itu menyatakan mengenai peletakan jawatan beliau.


“Bagaimanapun, pada keesokan harinya, pejabat saya menerima surat dan akuan berkanun daripada Mohamaddin yang menafikan ada menandatangani surat peletakan jawatan yang dikemukakan pada 30 Oktober lalu.

“Beliau juga menafikan melantik firma guaman bagi pihaknya,” katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kadzim berkata, beliau sendiri sudah bertemu dengan Mohamaddin secara bersemuka untuk menemubual berkaitan perkara terbabit, semalam.

“Beliau sekali lagi menegaskan tidak pernah meletak jawatan (sebagai Adun) dan tiada sebab untuk meletak jawatan.

“Saya juga terima surat perakuan daripada beliau yang mengatakan tidak pernah meletak jawatan.

“Saya juga ingin tegaskan, surat peletakan jawatan tanpa tarikh, jika mengikut undang-undang ia tidak sah, jadi Mohamaddin kekal sebagai Adun Segama,” katanya.

Mohamaddin sebelum ini mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi Adun bebas menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Beliau adalah Adun ketiga Warisan yang keluar dari parti selepas Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir dan Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Mohammadin memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018 atas tiket Warisan dan kerusi DUN Segama pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) tahun lalu.

Harian Metro

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: