Ahli UMNO Desak Zahid Letak Jawatan Digantung Sekitar Melaka

Siapa yang pasang kain rentang ni, apa kah musuh? Sudah tentu bukan ia dilakukan oleh penyokong UMNO sendiri yang bukan kepartian atau bukan totok UMNO. Atau paling remeh mereka bukannya penyokong Zahid Hamidi.

Tidak ingin hanya menjadi alat kepada malign maling UMNO yang tidak reti bersyukur. Sebaliknya mereka mesti ditentang supaya lenyap dari bumi UMNO khususnya UMNO Melaka.

Itu sebab isu pasir yang diangkat dalam artikel dibawah hanyalah alasan semata-mata. Jauh dari itu adalah soal hilangnya kepercayaan ahli kepada pemimpin pemimpin utama UMNO, khususnya Presiden UMNO Zahid Hamidi.

Adakah patut UMNO yang telah ditolak oleh rakyat pada PRU yang lalu kerana salah guna kuasa, tapi kerana pergolakan politik yang tidak menentu, tidak semena-mena UMNO ikut membentuk kerajaan. Hata yang menamakan Datuk Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itupun masih tidak bersyukur!

Zahid ni terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Melibatkan dana Yayasan Akal Budi dan pemberian Visa kepada warga asing atau Bangladesh. Pun begitu masih boleh keluar negara, Germany.

Samalah dengan Najib bosku tu. Habis dia gunakan wang rakyat untuk kegunaan yang tidak tentu, last last hanya Jho Low yang kaya raya. Rakyat Malaysia pula terpaksa menanggung hutang 1MDB yang mencecah lebih RM30 bilion

Perlu di ingat ya, Zahid Hamidi tu berjawatan Presiden UMNO sedangkan Perdana Menteri Ismail hanyalah berjawatan Naib Presiden UMNO. Justeru gerakan ini bolehlah dianggap sebagai langkah permulaan.

Pada pengundi sekiranya UMNO mendapat kemenangan di PRN Melaka ini, maka sikap pemimpin UMNO yang bermasalah akan bertambah teruk. Jadi pastikan UMNO kalah supaya boleh menjadi pengajaran pada mereka.

Ini bukan kali pertama Zahid dituntut meletakkan jawatan, sebelum ini berlaku di Bagan Dato, Perak.


Berbaki tempoh 48 jam berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dilihat beberapa poster mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan digantung di beberapa kawasan sekitar Melaka.

Dalam poster itu, tertera ayat ‘Akar umbi UMNO negeri Melaka kecewa kerana masalah pasir Presiden UMNO gagal menghalang PRN Melaka’.

Dalam poster itu juga turut mamaparkan logo UMNO, Barisan Nasional (BN) dan wajah presiden parti itu sendiri.

Berdasarkan pemerhatian Utusan Online, poster-poster itu digantung di beberapa kawasan, antaranya di Sungai Udang dan Alor Gajah.

Sebelum ini, media melaporkan, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mendakwa, terdapat pemimpin UMNO di Melaka terbabit dalam penyelewengan royalti pasir menyebabkan beliau bersama tiga ADUN lain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka.

Tiga ADUN lain yang terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mustahil calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terbabit dalam skandal pasir di Melaka kerana beliau baru sahaja menjadi Ketua Menteri tahun lalu.

“Cerita pasir ni dah lama sejak saya jadi menteri besar penggal pertama di Negeri Sembilan. Saya bantah, kerana nak tambak sebelah sempadan Negeri Sembilan, saya tak setuju.

“(Isu pasir) bukan zaman dia (Sulaiman), dah lama dah…sampai saya buat bantahan dalam Majlis Fizikal Negara pada ketika itu kerana saya buat Taman Laut di Teluk Kemang, 200 ekar kita gazetkan untuk batu karang, zaman tu lagi dah buat (tambak laut).

“Apa cerita sekarang baru bising? Sebab tak dapat jadi Ketua Menteri? Cuba baca buka buku balik…,” katanya dalam program bual bicara secara maya sempena kempen PRN Melaka malam tadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: