
- Siapa pengkhianat sebenar bangsa Melayu? Pengkhianat sebenar bangsa Melayu adalah pemimpin kleptokrat dan hulubalang mereka yang selama ini mempertahankan skandal jijik terbesar dunia iaitu skandal 1MDB.
- Satu skandal yang cukup jelas; satu pengkhianatan yang terang lagi bersuluh; rompakan wang rakyat secara besar-besaran! Malah baru-baru ini Kementerian Kewangan turut mendedahkan bahawa Malaysia terpaksa menanggung hutang dan faedah sebanyak RM32 billion akibat daripada skandal hutang mega tinggalan legasi Najib Razak!
- Bayangkan berapa ramai orang miskin dapat dibantu sekiranya kerajaan tidak perlu menyelesaikan bebanan hutang ini? Inilah yang menjadi asas utama mengapa Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin tidak mampu lagi berdiam diri dan menentang kezaliman ini secara terbuka sehingga menyebabkan pemecatan beliau daripada UMNO.
- Namun amat memalukan Ketua Pemuda UMNO hari ini menikus dan membiarkan tangan-tangan rakus terus merompak wang negara akibat daripada skandal 1MDB pada masa itu; dan lebih menjijikkan masih lagi mendukung pemimpin sama yang telah didapati bersalah di mahkamah ini sebagai ‘bossku’ beliau! Di mana maruah bangsa Melayu?
- Sehinggakan mantan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin sendiri mengakui bahawa skandal 1MDB adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 yang lalu. Mantan Ketua Pemuda UMNO lebih bijak menilai dari Ketua Pemuda UMNO sekarang!
- Pengkhianatan terhadap bangsa Melayu dalam isu 1MDB terus didedahkan satu demi satu melalui helaian demi helaian dari buku adik Najib Razak sendiri, Dato’ Sri Nazir Razak baru-baru ini.
- Saya nak cabar Najib dan Ketua Pemuda UMNO yang kononnya pembela maruah bangsa Melayu ini, untuk menyaman Nazir Razak sekiranya apa yang ditulis dalam bukunya mengenai isu skandal 1MDB itu tidak benar?
Siapa pengkhianat sebenar bangsa Melayu?!
Kredit Wan Ahmad Fayhsal
Melayu x kayak at as apa2 perjuangan sebabnya x dak agama sebenar
LikeLiked by 1 person