Hari ini saya menerima aduan daripada petugas kami mengenai kerosakan poster-poster, kain rentang dan tiang bendera Perikatan Nasional di DUN Kota Laksamana. Kejadian ini mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.
Saya telah mengarahkan jentera pilihanraya Perikatan Nasional menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain. Jentera Perikatan Nasional sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Laporan akan kami buat kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati ada unsur samseng dalam kempen ini.
Saya menyeru supaya kita berkempen dengan cara yang baik. Janganlah sehingga merosakkan bahan kempen parti lain. Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta merta dan dipadam daripada lanskap politik negara.
Kredit Wan Saiful Wan Jan
Tinggalkan Jawapan