Sentimen Sabah Keluar Dari Malaysia Gugat Keharmonian

PAPAR: Sentimen Sabah keluar dari Malaysia tidak seharusnya timbul kerana sentimen sebegitu akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

Ketika ini, usaha sepatutnya diambil bagi memastikan negara ini terus wujud dan kekal selama-lamanya untuk kebaikan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini bukan sentimen kerajaan maka beliau meminta semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita dalam sebuah negara Malaysia yang dibentuk bersama-sama Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung. Apabila negara sudah dibentuk maka kita harus memastikan masa depan negara ini terjamin untuk masa depan dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama.

“Soal lain tidak timbul kerana kita perlu memastikan negara ini terus kekal selama-lamanya,” katanya selepas majlis penyerahan wang ehsan kepada mangsa banjir Mukim Labak, di Dewan Gereja ST Augustine, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi megulas kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman semasa perbahasan Bajet 2022 bahawa wujud gerakan menuntut kemerdekaan Sabah yang dilihat semakin lantang bersuara.

Gerakan itu wujud susulan tindakan Kerajaan Persekutuan yang dilihat menganaktirikan Sabah dalam tuntutan hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mohd. Azis berkata, suara-suara mendesak Sabah dan Sarawak keluar Malaysia semakin lantang bersuara dan kerajaan tidak harus pandang mudah perkara itu.

“Jika layanan buruk Putrajaya terhadap pelaksanaan MA63 berterusan, jangan salahkan kami sekiranya gerakan memerdekakan Sabah daripada penjajahan Putrajaya semakin lantang,” katanya.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bantuan wang berjumlah RM1,000 kepada 100 orang ketua isi rumah yang terjejas banjir di Mukim Labak.

Secara keseluruhan 446 orang ketua isi rumah akan menerima bantuan berkenaan.

Bantuan itu diberikan sebagai keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan bebanan rakyat yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada September lalu.

Mengulas lanjut katanya, masalah jambatan dan jalan rosak akibat banjir juga akan dibaik pulih dan dibina semula bagi memudahkan laluan perhubungan rakyat di kawasan berkenaan.

Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi menaik taraf jalan masuk menuju ke gereja serta Dewan St Augustine, Kinarut. – Utusan Online

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: