Ada benarnya, adalah tidak patut Ketua Menteri yang tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Melaka, malah diberikan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua menteri sementara “caretaker”.
Bukan kah faktor Adun UMNO sendiri keluar dari kerajaan Melaka adalah kerana percaya Ketua Menteri Sulaiman gagal memikul tanggungjawabnya.
Ada kalanya walaupun kita berada di pihak yang bertentangan dengan mereka. Tapi kalau sudah melibatkan kebobrokan tidak masuk akal seperti ini, nah tibalah untuk kita menolaknya atau paling tidak menyuarakannya seperti ini.
Takut takut andai berlaku pula pada kita, waktu itu cakap begini, dulu kami bersuara tapi kamu nafikan, sekarang ikut suka hati kami lah pula. Hahaha!
Bukan apa, dulu kerajaan Perak juga menghadapi situasi seperti ini. Bilamana Adun UMNO dan DAP bersekongkol mengundi tidak percaya ke atas Menteri Besar Perak dari parti Bersatu (PPBM). Tanpa songel dan kelentong jawatan Menteri Besar Perak diserahkan secara terhormat. Tapi lain pula bila berlaku di negeri yang di perintah oleh UMNO, banyak pula kelentongnya. Nampak benar pembohong!
Undang undang apa lah mereka pakai ni. Terlampau jahil pula.
Betullah dakwaan penyokong PAS lama sebelum ini yang UMNO ini diurus oleh orang orang yang pemikiran mereka kalah bangsa Yahudi.
© Provided by Free Malaysia Today Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, tidak wajar Sulaiman Md Ali dibenarkan menerajui kerajaan negeri ‘caretaker’ selepas kerajaan pimpinannya hilang sokongan majoriti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan merujuk mahkamah bagi memastikan keabsahan kerajaan negeri “caretaker” seperti yang diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, tidak wajar Sulaiman Md Ali dibenarkan menerajui kerajaan negeri “caretaker”, selepas kerajaan pimpinannya hilang sokongan majoriti.
Beliau merujuk kes duluan pada 2 Mac 2020, di mana tugas pentadbiran kerajaan negeri dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Ketua Menteri baharu dilantik.
“Merujuk sidang media Speaker DUN Melaka mengenai pembubaran DUN Melaka ke-14, jelas menunjukkan Sulaiman hilang kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membolehkan beliau terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.
“PH juga berpandangan permohonan Sulaiman kepada Yang Dipertua Negeri Melaka untuk membubarkan DUN Melaka mempamerkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam membubarkan DUN Melaka selepas empat ADUN, iaitu Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman semalam.
Yang Dipertua DUN Melaka, Ab Rauf Yusoh ketika mengumumkan pembubaran itu berkata, kerajaan negeri sedia ada akan mejadi ‘caretaker’ sehingga pilihan raya negeri diadakan.
Sementara itu, Adly membidas Sulaiman tidak bertanggungjawab kerana membuat permohonan untuk membubarkan DUN Melaka.
“Rakyat masih bergelut dengan pandemik Covid-19, malahan PRN Sarawak telah ditangguhkan atas alasan sama.”
FMT
Tinggalkan Jawapan