Bersatu Lantik Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Ketuai Sayap Bukan Melayu

Bersatu melantik Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara sebagai ketua pertama bagi sayap bukan Melayu parti tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata keputusan tersebut diambil secara sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin semalam.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya bahawa pelantikan Santhara Kumar mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat daripada semua lapisan masyarakat kepada Bersatu,” katanya.

Beliau turut berkata persidangan agung tahunan parti itu akan diadakan pada 18 dan 19 Disember.

“Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau ‘hybrid’ bergantung kepada kelulusan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Penubuhan sayap baru ahli bersekutu parti itu dilihat sebagai sebuah langkah untuk menyatukan keanggotaan dalam Parlimen dalam kalangan ahli Parlimen ukan Melayu yang keluar dari PKR ketika krisis politik 2020.

Selain Santhara ia termasuk Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yassin.

Malaysianow

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.