Guan Eng Tidak Setuju 51% Pemilikan Bumiputera

Main kamu burung, DAP sejak berjalan seiring dengan Kluster Mahkamah ni dah lain macam rentaknya.

Beberapa waktu sebelum ini macam ayam mati, selepas tumbang melalui percaturan politik. Maklum duduk sebagai Menteri Kewangan tu tapi tidak bertahan lama.

Hari ini sekali lagi DAP atau Lim Guan Eng tidak bersetuju pada peraturan yang membawa kelebihan pada Bumiputera atau Peribumi.

Kita mahu dengar apa pula pandangan UMNO Kluster Mahkamah dalam hal ini.


 a truck on a city street: Lim Guan Eng berkata, ia tidak adil kepada mereka yang membina dan melabur dalam syarikat terbabit sejak bertahun-tahun.© Provided by Free Malaysia Today 

Lim Guan Eng berkata, ia tidak adil kepada mereka yang membina dan melabur dalam syarikat terbabit sejak bertahun-tahun. Download

PETALING JAYA: Lim Guan Eng berkata, beliau menolak cadangan pelaksanaan syarat 51% pemilikan Bumiputera dalam syarikat penghantar fret ketika menjadi menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu FMT bahawa cadangan pelaksanaan syarat terbabit dibangkitkan ketika beliau memegang jawatan berkenaan tetapi ia tidak diluluskannya.

“Saya tolak cadangan berkenaan atas dasar ia tidak dapat diguna pakai secara retrospektif.

“Ia tidak berperlembagaan dan tidak adil kepada syarikat.”

Beliau berkata, jika mana-mana pemilik syarikat penghantar fret mengalami kerugian akibat pelaksanaan syarat 51% pemilikan Bumiputera itu, kerajaan bertanggungjawab membayar pampasan kepada mereka.

“Ia tidak adil kepada mereka yang telah membina dan melabur dalam syarikat ini sejak bertahun-tahun berdasarkan syarat sedia ada dan secara tiba-tiba ia berubah tanpa mengikut laluan yang betul.”

Lim berkata, langkah itu juga akan memberi isyarat yang salah kepada para pelabur bahawa dasar kerajaan boleh diubah sewenang-wenangnya.

Katanya, para pelabur mahu pelaksanaan dasar yang tetap, konsisten dan jelas.

“Kegagalan untuk memastikan perkara ini akan menyebabkan para pelabur tawar hati dan Malaysia akan hilang daya saingnya dengan negara-negara lain.

“Saya berharap menteri kewangan akan melakukan langkah yang diperlukan.

Semalam, Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) menggesa kerajaan memperincikan kedudukan ekuiti Bumiputera dalam syarikat logistik, sebelum garis masa itu tamat hujung tahun ini.

Presiden FMFF Alvin Chua mencadangkan syarat itu – yang membabitkan pemilikan 51% Bumiputera dalam syarikat – dilanjutkan sehingga penghujung tahun depan.

Dalam surat bertarikh 18 September yang dihantar kepada kerajaan, Chua berkata, Kementerian Kewangan menyatakan pada Januari lalu, bahawa semua pemegang lesen broker kastam wajib mematuhi syarat ekuiti Bumiputera, tetapi tidak menetapkan jumlah khusus.

Pendaftaran lesen sebelum 1976 tidak tertakluk kepada syarat pemilikan ekuiti Bumiputera, manakala 30% kuota dilaksanakan kepada syarikat yang berdaftar antara 1976 hingga 1990 dan syarat 51% ekuiti Bumiputera untuk mendaftar lesen dibuat selepas 1990.

Tiada syarat pemilikan ekuiti Bumiputera diperlukan bagi lesen yang dipegang penyedia perkhidmatan logistik antarabangsa bersepadu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.