Warisan Terkilan Tidak Ada Dalam MOU, Alahai 😁

Jangan lagi ada penganalisis politik di negara ini mengeluarkan kenyataan yang hanya bertujuan untuk menyedapkan hati pemimpin pemimpin Warisan, seperti hati Ahli Parlimen Sepanggar si Aziz rentetan Warisan tidak di jemput menandatangani MOU, teruslah merajuk. He!

Biarkan saja Pakatan Harapan dan Warisan bergeser. Sesungguhnya yang benar disana adalah Pakatan Harapan (PH). Dan ketahuilah Warisan sudah terkeluar dari persaingan politik baik di peringkat Sabah mahupun di peringkat Nasional.

Namun Warisan ni kalau di Sandakan dan di dua atau tiga DUN masih ada cerita, cukup sukar bagi UMNO untuk mempertahankan DUN yang diwakili, apa lagi mengambilnya dari Warisan. Tapi dalam keadaan itu pun masih ada hati menganggap Bersatu sebagai musuh UMNO. Memang menangislah!

Jadi pada UMNO jangan lagi bagi talian hayat pada Warisan dengan mengajaknya untuk menandatangani MOU. Itu pun kalau masih ingin melihat UMNO Sabah bertahan di pilihanraya umum yang akan datang.

Warisan ni parti yang flip flop sekejap Sabah for Sabahan, sekejap Sabah Ubah dan yang terakhir Unity. Tapi memasang cita cita akan menduduki kerusi Perdana Menteri. Masuk akal kah?

Lihat apa berlaku pada UPKO akhirnya meninggalkan Warisan dan bersepakat dengan Pakatan Harapan (PH).

Dalam hanya tempoh dua tahun setengah, habis segala peluang di sunglap oleh kroni dan kerabat wakil rakyat Warisan hingga ada dikalangan mereka yang disiasat dan dihadapkan ke Mahkamah.


KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat pergeseran yang berlaku antara Warisan dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan perjanjian kerjasama antara pembangkang dengan kerajaan, hanya bersifat sementara.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berkata, jika dilihat dari sudut luaran sahaja, ia sememangnya menimbulkan spekulasi seolah-olah hubungan Warisan dan PH agak dingin.

Bagaimanapun, katanya ia mungkin hanya bersifat sementara dan kebiasaannya apabila menjelang pilihan raya, pasti akan berlakunya perundingan politik dalam kalangan pembangkang.

“Seperti yang diutarakan oleh Ketua Pemuda Warisan Aziz Jamman, ‘Warisan were kept in the dark’ (Warisan disimpan dalam kegelapan), ia sebenarnya memberi indikasi bahawa berlakunya ‘communication breakdown’ (kegagalan komunikasi) antara PH dan Warisan.

“Bagaimanapun, kemungkinan ada juga faktor lain (menyebabkan Warisan tidak menyertai perjanjian kerjasama dengan kerajaan) iaitu Warisan secara teguh bersama dengan pendirian parti Pejuang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, ia menjadikan mereka sebagai blok pemerhati dan pengimbang terhadap perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara PH dan kerajaan.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, Warisan harus faham isu perjanjian dengan kerajaan ialah berdasarkan jemputan perdana menteri kepada pemimpin PH yang mewakili blok pembangkang terbesar negara dan Warisan juga bukan dalam komponen PH.

Justeru, katanya, jemputan berkenaan adalah daripada perdana menteri sendiri dan beliau yang mempunyai kuasa untuk menjemput mana-mana parti pembangkang, bukannya PH.

“Warisan, Pejuang dan Muda hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen berbanding PH yang mempunyai lebih banyak Ahli Parlimen. Jadi PM (perdana menteri) lebih melihat kepentingan dan ancaman terbesar yang perlu dibawa berunding ialah PH dan bukannya Warisan.

“Malah, Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia) menyatakan giliran Warisan dan Pejuang untuk dijemput akan dibuat sedikit masa lagi kerana mereka fokus kepada PH dulu,” katanya.

Terdahulu, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, parti itu tidak dilibatkan langsung dalam perbincangan awal berhubung memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan.

Katanya, mereka hanya dilibatkan selepas PH telah menyatakan persetujuan dengan kerajaan untuk menandatangani MoU terbabit.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH yang ditandatangani kelmarin merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata, MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Selain itu, ia akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: