Pemandu, Pembantu Kenderaan Awam Lengkap 2 Dos, Syarat Mulai 16 Sept

KOTA KINABALU: Semua pemandu, pembantu kenderaan awam seperti bas henti-henti, bas sekolah, teksi serta e e-panggilan di Sabah dimestikan telah lengkap vaksin bermula 16 September depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, syarat tambahan terbabit akan mula dikuatkuasakan secara ketat mulai tarikh berkenaan.

“Ini adalah syarat tambahan baharu kepada syarat-syarat sedia ada dalam SOP (prosedur operasi standard) yang sedang berkuatkuasa, antaranya ialah pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.

“Adalah juga diingatkan kembali bahawa semua perkhidmatan bas henti henti dihadkan ke kapasiti 50% sahaja, manakala untuk teksi atau e-panggilan pula dihadkan maksimum hanya dua orang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Covid-19 Sabah, hari ini.

Terdahulu Masidi berkata, Sabah hari ini mencatat 1,844 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 161,265 kes.

Katanya, tiada kes kematian dilaporkan di negeri itu, hari ini, manakala dua lagi kluster baharu dikesan iaitu Kluster Sawit Simpang Batu 38 di Tawau dan Kluster Bawah Batu di Tuaran.

“Daripada 1,844 kes hari ini, 38.77% atau 715 kes adalah lewat daftar antara dua hingga tiga hari selepas tarikh keluar keputusan, 7.86% atau 145 kes adalah lewat daftar antara empat hingga lima hari dan 7.16% atau 132 kes adalah lewat daftar melebihi lima hari.

“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,104 kes atau 59.90% daripada jumlah keseluruhan kes baharu ini hari ini.

“Selain itu 536 kes atau 29.10% lagi adalah daripada saringan bergejala dan 77 kes atau 4.20% daripada saringan kluster,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.