Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tepat – Nizam

TAWAU: Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi  Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertepatan bagi meneruskan usahanya menangani masalah COVID-19 di negara ini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pihaknya menyambut baik pelantikan tersebut demi kelangsungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dibuat sebelum ini.

“Muhyiddin sudah menunjukkan komitmen selaku pemimpin ketika itu, malah, nasib rakyat juga terbela dengan pelbagai bantuan yang telah dibuat untuk membantu semua golongan yang terjejas.

“Jemaah Menteri sekarang turut mengakui usaha yang dibuat oleh Muhyiddin adalah satu perkara yang baik untuk memulihkan masalah pandemik dan ekonomi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program penyampaian Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah sempena Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, di sini semalam.

Katanya, PPN yang dirancang sebelum ini adalah kaedah yang berkesan dan tersusun dalam menangani masalah pandemik.

“Saya tidak bersetuju sekiranya terdapat tuduhan dan dakwaan yang menyatakan kerajaan dibawah pimpinan Muhyiddin gagal.

“Buktinya, kerajaan pada hari ini telah memberi pengiktirafan kepada Muhyiddin untuk menerajui Majlis Pemulihan Negara bagi mengatasi masalah wabak di Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, katanya, agihan bendera itu diberikan kepada semua pemimpin akar umbi di DUN Apas untuk dikibarkan di kawasan masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata sambutan Hari Malaysia perlu diraikan walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Pergerakkan yang terbatas akibat wabak COVID-19 tidak boleh dijadikan alasan untuk semua rakyat di negeri ini mengabaikan sambutan tersebut.

“Meraikan pembentukkan Hari Malaysia perlu diingati sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat dan pencapaian negara pada masa sekarang,” katanya.

Justeru, katanya, dengan adanya program kibaran bendera itu dapat menimbulkan kesedaran dan menyemai rasa kecintaan kepada negara hasil perjuangan para perajurit, tokoh serta pemimpin terdahulu. 

Utusan Borneo

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: