Kini Presiden UMNO Zahid Hamidi bukan lagi siapa siapa di mata Ahli Parlimen UMNO pro kerajaan. Kenapa tidak cadangannya yang paling asas pun di pandang sebelah mata.
Ramai yang kata kedudukan Zahid sebagai Presiden UMNO tidak direstui atau disukai oleh ramai ahli UMNO. Ini kerana Zahid menggunakan politik wang bagi memenangi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2018.
Dakwaan Zahid menyuap ejen untuk mendapatkan undi semasa pemilihan UMNO tahun 2018. Telah dipaparkan di portal berita Sinar Harian dan NST pada Disember selepas pemilihan UMNO.
Menteri Komunikasi Annuar Musa, mendakwa kerajaan Malaysia yang terbina hari ini tidak boleh dipanggil sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN) tapi kerajaan Muafakat kerana ia dibina oleh beberapa parti komponen dalam Perikatan Nasional.
Dimana mereka lah yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional sebelum Presiden UMNO dan 14 lagi Ahli Parlimen mengkhianati kepimpinan Tan Sri Muhyiddin hingga memaksa Tan Sri meletakkan jawatan Perdana Menteri.
Yang pastinya kerajaan ini bukan “kerajaan Malaysia” atau apa pun nama yang dicadangkan oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi.
Pada admin kan adas baiknya kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail ini dipanggil kerajaan Perikatan Nasional memandangkan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin yang menamakan Datuk Ismail sebagai calon Perdana Menteri yang ke 9.
UMNO bukan hanya tidak mencadangkan nama Datuk Ismail tapi menafikannya. Hanya selepas kerajaan baru dibentuk barulah 15 pengkhianat UMNO dan penyokong mereka mendabik dada atau terhegeh hegeh. Tidak ada sifat sifat kelelakian langsung.