PM Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah Jemaah Menteri

Jangan berfikiran yang bukan bukan, PM Ismail tidak dapat hadir ke istiadat pertabalan jemaah menteri, kerana terpaksa menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini, setelah disahkan menjadi kontak rapat pembawa Covid 19.


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah anggota Jemaah Menteri petang ini kerana menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini selepas disahkan menjadi kontak rapat kes Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, perdana menteri akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya secara maya esok.

Semua menteri dan timbalan menteri baharu dijadualkan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 2.30 petang ini.

Jumaat lalu, Ismail mengumumkan barisan Jemaah Menteri baharunya yang kebanyakannya terdiri daripada orang sama di bawah pentadbiran terdahulu, dengan hanya sedikit perubahan seperti bekas menteri sains, teknologi dan inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri kesihatan.

Ismail dijadualkan menyampaikan perutusan khas sempena Hari Kebangsaan yang akan disiarkan secara langsung 9 malam ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: