
Selepas tiga pemimpin pembangkang ini dipanggil oleh PM Ismail Sabri bagi membincangkan sokongan sebelum menghadapi sesi undi percaya di Parlimen.
Hari ini PKR, DAP dan Amanah pun mengemukan empat tuntutan reformasi yang menurut mereka wajib dilaksanakan.
Ironinya empat gesaan itu kalau dilaksanakan maka sudah tentu pasti ia akan menguntungkan politik Pakatan Harapan, kerna mereka yang menggesa dan menghebohkan gesaan berkenaan. Apa lagi mustahil UMNO menidakkannya setelah Pakatan Harapan menandatangani surat sokongan. Ibarat tali PH sudah mengikatnya, tidak boleh sudah macam macam, seperti contoh tidak boleh sudah kemiskinan kaum Melayu dikaitkan dengan DAP. Hahaha!
Empat reformasi yang dituntut atau disyorkan itu semuanya menjurus kepada menangani Covid 19.
Tapi sebenarnya ada yang memusykilkan masyarakat. Pertanyaan mereka, ke mana hilangnya sentimen kleptocracy. Bukan kah sentimen itu yang telah memenangkan banyak calon PH di pilihan raya umum ke 14 yang lalu, sekaligus menaikkan kredibiliti pemimpin pemimpin Pakatan Harapan. Habis madu sepah dibuang kah?
Berhubung tuntutan reformasi berkenaan. Yang sebenarnya empat tuntutan itu hanyalah berupa nilai tambah kepada pelan pemulihan yang diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.
Ini hah pelan pemulihan yang diperkenalkan oleh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebelum ini. Ini lagi real benar benar untuk rakyat yang terkesan akibat beberapa siri perlaksanaan PKP.