Apa Yang Naik Mesti Turun Namun Apa Yang Jatuh, Insha Allah, Akan Kembali

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang sering dilihat bersahaja berkata beliau berasa lega apabila beban yang ditanggung bagi melawan pandemik Covid-19 dapat dilepaskan dengan keputusan untuk meletakkan jawatan paling tinggi dalam negara.

Dalam mesej perpisahan kepada pambantu-pembantunya di Pejabat Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin berkongsi perbualan peribadi bersama isterinya Noorainee Abdul Rahman selepas mereka berdua solat subuh.

“Pagi tadi lepas berjemaah Subuh bersama isteri saya, duduk – biasa begitulah, lepas subuh, duduk sekejap sekitar lima hingga 10 minit berbual. Dia bertanya, apa yang awak rasa? Saya beritahu saya rasa lega sebab beban di bahu saya sebagai perdana menteri sudah tidak ada lagi lepas hari ini,” kata beliau sejurus sebelum berangkat ke Istana Negara bagi menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin berkata beliau sentiasa percaya seseorang itu perlu melakukan perkara yang betul sambil menambah jawatan perdana menteri hanyalah jawatan yang bersifat keduniaan.

Beliau berkata kehidupan adalah sebuah perjalanan dengan matlamat utamanya adalah keredaan Tuhan.

“Pertimbangan kita ini bukan duniawi, sebab itu bagi saya, hilang jawatan perdana menteri, itu duniawi. Saya tak boleh bawa ke mana pun,” kata Muhyiddin yang menyokong bekas timbalannya Ismail Sabri Yaakob bagi mengganti beliau.

Ismail dijadualkan akan mengangkut sumpah jawatan di Istana Negara esok.

Muhyiddin berkata beliau menjangkakan para sejarawan akan menulis menyatakan tentang beliau dalam sejarah negara dalam bahagian kecil tulisan sahaja mengenai penggal pendek pentadbiran yang diketuai beliau.

“Mungkin ada nota kaki yang menulis tentang saya, satu waktu ada seorang perdana menteri namanya Muhyiddin Yassin atau Mahiaddin Yassin yang menjadi perdana menteri ke-8.

“Mungkin ada bab pendek kerana saya tak lama (pegang jawatan). Namun saya fikir saya harus berbangga kerana kita sudah cuba,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin meletakkan jawatan perdana menteri minggu ini selepas lebih sepuluh ahli Parlimen yang diketuai bekas persdana menteri Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan terhadap beliau.

Lelaki berusia 74 tahun ini pernah dipecat daripada Kabinet oleh Najib pada 2015 kerana mempersoalkan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB.

Selepas beberapa lama keluar dari Umno, beliau menubuhkan Bersatu dan bersama-sama pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 2018 dan kembali memegang jawatan dalam Kabinet yang diketuai perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Selepas kejatuhan PH pada 2020, Muhyiddin dilantik menjadi perdana menteri.

Menurut Muhyiddin, sekiranya kerusi di pejabatnya boleh bercakap, ia akan beritahu bagaimana pertemuannya bersama bekas perdana menteri Najib Razak sejurus sebelum beliau dipecat daripada jawatan perdana menteri pada 2015.

“Selepas tak sampai setengah jam, dia tendang saya keluar. Balik pejabat TPM, panggil semua, tak lama saya duduk. Saya cakap, Sorry, we have to pack up. Saya baru jumpa Najib. Dia pecat saya.”

Beliau berkata, tidak perlu lama untuk beliau mengemas barangan miliknya untuk dibawa pulang, iaitu sebuah buku hadiah temannya.

“Saya tak ada rahsia dalam meja. Surat-surat rahsia, tak ada apa.

“Kerana kita tahu kita tak buat apa-apa salah.”

Beliau turut menggambarkan kembali ke Pejabat Perdana Menteri tahun lalu adalah sebahagian daripada pusingan hidup.

“Apa yang naik mesti turun. Namun apa yang jatuh, insha Allah, akan kembali.”

Mengenang hari-hari sewaktu menjadi pembantu di pejabat daerah, Muhyiddin berkata beliau tidak pernah membayangkan yang satu hari nanti beliau akan memegang jawatan yang paling tinggi dalam negara.

“Saya sangat hormat dan percaya dengan pegawai awam. Saya di sana sebelum ini untuk tiga tahun , lepas tu saya resign, masuk swasta. Tak fikir pun nak jadi perdana menteri satu hari. Allahu Akbar.”

Malaysia Now

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: