Petisyen Tolak Ismail Sabri Cecah 230 Ribu

Betul ni, buat pertama kali dalam hidup admin mendengar petisyen seperti ini dibualkan oleh golongan dewasa remaja malah dan sebarkan sendiri pada kawan dan keluarga terdekat mereka.

Dahsyat dan nampak bersungguh sungguh hingga admin catatkan di facebook yang keadaan itu ada wow!

Bila ibu bapa atau keluarga terdekat nampak link itu apa lagi mereka sign lah petisyen berkenaan. Mereka terkejut dan berbau bangga rupanya anak mereka ada ciri ciri masyarakat yang bermanfaat pada negara bangsa dan orang lain.

Nampaknya Perdana Menteri ini bakal berhadapan dengan penolakan dari netizen sebenar. Nah masalah besar, mungkin kah selepas ini akan berlaku perang saraf diantara Cybertrooper UMNO atau kluster Mahkamah melawan netizen tulen? admin rasa sangat pasti akan berlaku.


PETALING JAYA: Sebuah petisyen dilancarkan di change.org bagi menolak Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Sehingga kini, petisyen tersebut sudah mengumpul lebih daripada 230,000 orang yang menyatakan sokongan penolakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

โ€œDia cuai dalam menangani wabak covid-19, menyebabkan jangkitan besar-besaran.

โ€œBanyak komen yang tidak tepat membuktikan bahawa dia hanya pembohong dan pelawak politik,โ€ tulis petisyen itu.

Semalam, Naib Presiden UMNO itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi, hari ini. โ€“ UTUSAN ONLINE

One thought on “Petisyen Tolak Ismail Sabri Cecah 230 Ribu

Add yours

  1. Kami tk mahu Ismail Sobri menjadi perdana kami mahu muhiyidin menjadi perdana menteri *

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading