NGO Serah Memo Pada Agong Minta Najib Diampun dan Dilantik Sebagai Perdana Menteri

Luculah pula, beberapa individu yang mewakili NGO Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia PSUAM menyerahkan memorendum kepada Dipertuan Agong yang bermaksud untuk memohon pengampunan Diraja bagi Najib Razak sekaligus mencadangkan agar dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Presiden NGO itu, Syed Muhammad Imran mendakwa perlantikan Najib Razak menepati kriteria sebagai Perdana Menteri Interim bagi menyelamtkan negara dari kemelut politik dan pandemik COVID-19.

Syed juga mendakwa Najib Razak mempunyai atau mendapat kepercayaan dari Yang Dipertuan Agong dan berpengalaman sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Selain Najib telah secara konsisten memberikan nasihat dan cadangan kepada kerajaan, bagaimana untuk mengurus negara.

Tukang CCTV Facebook Najib pula si Syed ni ya. Apa yang terdapat pada Facebook Najib tu hanyalah catatan admin page semata-mata. Akuilah Najib telah diberikan peluang sebagai Perdana Menteri yang amat berkuasa tapi kantoi tidak amanah di dalam menjalankan tanggungjawabnya hingga dihadapkan ke Mahkamah kerana salah guna kuasa.

Tapi tengok sehingga hari ini UMNO masih bercakap soal kemiskinan dikalangan orang Melayu dan Jho Low mendapat bilion bilion dari kekayaan negara. Cina pula tu, sedangkan kemiskinan orang Melayu masih menjadi modal politik UMNO. Hahaha!

Hebat Melayu kluster Mahkamah ni. Dah macam orang yang kehilangan adab dan hilang rasa malu dalam diri mereka. Najib Razak telah pun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas skandal SRC dan yang terbaru Najib gagal membatalkan tuntutan LHDN sebanyak RM1.6 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sekirnya Najib gagal melunaskan hutang LHDN itu, maka sudah tentu Najib akan sekali lagi terpaksa meringkuk dalam penjara. Entah berapa tahun pula yang bertambah.

Tuntutan yang tidak masuk akal dan mengaibkan itu satu hal. Hal yang lebih besar dan membawa maksud bahwa pada hakikatnya penyokong kluster Mahkamah sedar dan tahu yang Najib memang bersalah telah menyeleweng wang rakyat dalam skandal SRC dan telah pun dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara. Selain skandal 1MDB yang menunggu hari untuk dijatuhkan hukuman bersalah. Ingat SRC adalah anak syarikat 1MDB.

Jadi adakah orang yang dikelilingi hukuman bersalah seperti Najib masih layak diangkat sebagai pemimpin politik, apa lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Walla yang membabi buta, betul apa orang kata kesetiaan kepada kluster Mahkamah hanya menyebabkan diri anda diheret sama ke lembah hinaan di dunia dan akhirat.

Tidak dinafikan admin merasa hiba bila menghentam Najib seperti ini, tapi itulah kenapa lagi dia berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Semata-mata lari dari kesalahan yang dia telah lakukan. Orang kata daripada kepada baik daripada. Betul tak?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: