Dua Kekosongan Menteri Yang Ditinggalkan UMNO Akan Diisi

Ngam lah tindakan kerajaan akan melantik dua Menteri baharu selepas Shamsul Annuar melepaskan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Seorang lagi Noraini Ahmad yang melepaskan jawatan Menteri Pengajian Tinggi.

Dua dua pun tidak ada guna terutamanya Menteri Pengajian Tinggi, bilamana gagal memaklumkan terlebih awal sebelum pelajar datang melapor diri ke University University tertentu, memandangkan waktu itu PKP penuh sedang dikuatkuasakan. Menyebabkan ramai bakal pelajar yang naik marah kerana mendakwa menerima arahan yang tidak jelas.

Perletakkan jawatan yang dibuat secara mendadak sebagai Menteri Pengajian Tinggi juga telah menimbulkan kesulitan berkaitan pengurusan pelajar di University atau pusat pengajian tinggi.

Ironinya dakwaan jentera kluster Mahkamah dan pembangkang kononnya kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal. Sebenarnya kegagalan itu datang dari pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang portfolio Menteri

Jadi ngamlah mereka berhambus. Memang begitu kalau ada sikap tidak pandai bersyukur atau tidak reti diuntung. Kalah di pilihan raya umum yang ke 14 tapi boleh sama sama membentuk kerajaan dan beberapa Ahli Parlimen UMNO dilantik sebagai Menteri tapi tidak bersyukur. Malah cuba pula menjatuhkan kerajaan dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan pendemik Covid-19.

Ramai lagi pemimpin-pemimpin dari kompenan Perikatan Nasional yang lebih berkualiti.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: