Semakin terdesak dan semakin kemaruk para penyokong pembangkang dan totok kluster Mahkamah, ingin merampas jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Speaker Dewan Rakyat nafi ada mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah hilang majoriti.
Kamu buatlah apa yang kamu fikirkan perlu sehingga mungkin berjaya. Tapi ingat rakyat diluar sana tahu apa yang berlaku. Bahawa pemimpin pemimpin yang tidak bermoral ingin mentadbir Malaysia.

KENYATAAN MEDIA
OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV pada hari ini bertajuk “Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen” yang melaporkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan YAB Perdana Menteri bahawa Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri sudah tiada majoriti.
Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada YAB Perdana Menteri seperti yang dilaporkan, Berita tersebut adalah berita palsu.
Sekian, terima kasih.
DATUK AZHAR AZIZAN HARUN Yang di-Pertua Dewan Rakyat
11 Ogos 2021 Parlimen Malaysia KUALA LUMPUR