Macam Zahid Hamidi mampu naik ke tangga Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Muhyiddin Yassin. Sedangkan ahli UMNO di Bagan Datuk sendiri menolak kepimpinannya.
Menolak bukan kerana faktor politik semata-mata tapi juga kerana faktor moral, malu ada pemimpin mereka yang terpalit dengan salah guna kuasa hingga dibicarakan di Mahkamah. Malah bertindak pula keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional yang disenangi rakyat.
Kain rentang yang muncul bukan sedozen dua tapi mencecah 100 helai yang di pacak dimerata tempat.

BAGAN DATUK: Dianggarkan 100 kain rentang provokasi mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya meletak jawatan dikesan digantung di sekitar Bagan Datuk, hari ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk, Mohd. Rizan Razali berkata, kain rentang tersebut dikesan digantung pada pagi ini dipercayai dipasang di lebih 17 tempat di sekitar pekan Bagan Datuk hingga ke Hutan Melintang.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan, dianggarkan terdapat lebih 100 kain rentang seumpama itu yang dipasang di sekitar Bagan Datuk.
“Kain rentang yang dipasang ini terdiri dalam tiga reka bentuk.
1 komen