Nasiblah hakim Mahkamah menolak hujah Peguam Shafee Abdullah. Ertinya selepas ini sama ada Najib dan anaknya sanggup atau tidak, hutang mereka pada LHDN sebanyak RM1. 69 bilion, mesti dijelaskan tanpa kompromi jika gagal maka penjara adalah gantinya.
Najib pasrah saja ya orang lain pun kena juga. Agaknya sudah berapa ratus orang rakyat biasa yang terpaksa di penjara kerana gagal membayar cukai pendapatan mereka.
Kalau saja penghakiman pagi tadi membenarkan rayuan yang dikemukan, pasti malam tadi medsos sarat dengan komen komen yang menegakkan benang basah, bagi menutup penyelewengan terdahulu yakni semua tuduhan ke atas Najib adalah fitnah.

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin, untuk merujuk isu perlembagaan melibatkan Seksyen 106 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 ke Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan untuk meneruskan mendengar rayuan bekas perdana menteri (Najib) dan anaknya berhubung saman yang dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan tunggakan cukai pendapatan terhadap mereka.