25 Ogos Perbicaraan Salah Guna kuasa Zahid Di Sambung

25hb Ogos ini perbicaraannya akan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peristiwa inilah yang cuba dielakkan oleh Zahid Hamidi hingga UMNO yang tidak bersalah dipandang keji oleh masyarakat.

Walaupun UMNO sejenis wadah atau objek yang kakuh tapi ia diurus oleh orang orang yang berjawatan dalam parti dan bertanggungjawab menentukan kedudukan Zahid selaku Presiden UMNO. Ini kerana Zahid berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah yang sepatutnya jawatan Presiden yang di sandangnya digantung sehingga kesnya selesai. Tapi sayang tidak berlaku.

Kerna perbicaraan inilah Zahid membawa UMNO keluar dari kerajaan Perikatan Nasional. Tapi tidak ramai ahli Parlimen UMNO yang akur, adalah dalam 15 orang. Tidak kemana pun.

Dalam pada itu ada pula yang mencadangkan Zahid diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kenapa dah ada orang Melayu menjadi bangsa Yahudi kah?


SHAH ALAM – Selepas dua kali ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan bersambung pada 25 Ogos ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu berkata, perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 25 Ogos, 1 dan 2 September di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa.

“Pihak pendakwaan akan memanggil dua atau tiga saksi untuk memberi keterangan pada 25 Ogos itu,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 serta dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.