Inilah apa yang dipanggil pecah dalam perut.
Cerita Whatapps ini kita boleh anggap sebagai jawapan dari persoalan yang timbul selepas Presiden UMNO dan bosku berusaha memperalatkan UMNO untuk mengelak dari bertanggungjawab atas apa yang mereka telah lakukan pada kepercayaan rakyat. Tetapi cuba dialihkan menjadi isu penderhakaan kepada Raja Raja Melayu.
Hakikat sejak dari awal lagi Presiden UMNO yang menipu pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

SHAH ALAM – Satu mesej tular dalam kalangan ahli-ahli UMNO pagi Jumaat yang menjawab tindakan menteri dan ahli Parlimen UMNO yang dikatakan tidak akur dengan keputusan parti itu.
Mesej tersebut menjelaskan tentang situasi sebenar susulan tindakan segelintir pihak menyebar naratif menuduh pihak yang tidak akur itu sebagai lupa diri dan gila kuasa dengan gelaran ‘derhaka’.
Berdasarkan mesej itu, mereka mengakui telah hilang defisit kepercayaan terhadap Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diyakini telah menyalahguna kuasa dan melanggar mandat parti.
Zahid didakwa ‘menjual’ nama semua ahli Parlimen UMNO melalui satu surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Oktober tahun lalu dengan menyatakan mereka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
ARTIKEL BERKAITAN: 31 ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong PN dan Muhyiddin
Salinan surat itu juga dimiliki Muhyiddin dari istana malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetahui perkara tersebut selepas Zahid menunjukkan sendiri kepada mereka dengan disaksikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bagaimanapun, berbulan-bulan Zahid menafikan kewujudan surat itu secara terbuka dan dikatakan mahu membuat laporan polis, namun akhirnya beliau mengakui ia tulen dalam perjumpaan bersama ahli Parlimen UMNO pada 5 Julai 2021.
Tanpa pengakuan Zahid pun, ketulenan surat itu tidak diragui kerana ada di antara ahli Parlimen UMNO mendakwa ‘diperangkap’ Zahid untuk duduk bersama Anwar dan menandatangani akuan bersumpah (SD) di satu kondominium mewah di ibu negara.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my