Tajuddin Dedah Kenapa UMNO Takut Tinggalkan PN Rupanya Wap Saja

Pendedahan Tajuddin semasa mesyuarat MT bertarikh 07 atau 08hb Julai yang menolak cadangan Presiden UMNO Zahid Hamidi untuk meninggalkan Perikatan Nasional.

Dalam keterangan itu kamu akan tahu kenapa dan apa sebenarnya yang berlaku dalam UMNO. Seperti contoh……

Kenapa UMNO tidak berani meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional. Bukan hanya itu tapi meleret ke isu lain yang membongkar, ternyata politik UMNO sangat lemah, apa lagi untuk menghadapi pilihan raya.

Hakikatnya UMNO tidak ada kekuatan di peringkat akar umbi. Kekecohan media sosial yang di canang oleh jentera jentera UMNO hanyalah kosmetik cuba menggambarkan keadaan yang sebaliknya.

Ketua Puteri UMNO Malaysia pun kena belasah kaw kaw oh ketika menyampuk. Walhal kalau kamu tengok Facebooknya macam betul UMNO mendapat sokongan yang jitu dari masyarakat. Siap diminta menunjukkan bukti, tahap penerimaan rakyat terhadap UMNO. Seolah olah pandai saja cakap tapi habuk pun tidak ada.

Rasanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun kena, sebab kalau tidak silap baru baru ini dia ada mengajukan soalan, adakah benar kegusaran netizen di media sosial bukan gambaran sebenar yang berlaku sebab naratifnya masih di pegang oleh jentera Pakatan Harapan.

Memang betul pun naratif media sosial di Semenanjung tu masih di kawal oleh jentera Pakatan Harapan. Mereka belum kalah di pilihan raya lah wahai Ketua Pemuda. Hemmm!

Mereka menyamar sebagai netizen, merekalah yang melontarkan komen positif dan tukang like. Sebab mereka tahu ramai pemimpin UMNO dan jentera UMNO yang ketagih like walaupun tidak melibatkan masyarakat. Masyarakat sebenar hanya suka membaca dan pergi. Like melike sangat sedikit apa lagi memuji, mereka juga suka memerhati keadaan.

Selain pendedahan itu kedengaran juga bagaimana UMNO cuba mengawal kerajaan melalui perlantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak apalah selagi UMNO terus setia pada Perikatan Nasional iaitu PPBM, PAS, GPS dan GRS. Ingat, hasrat yang baik dimulakan dari niat yang baik, kalau sebaliknya maka sebaliknya jugalah yang mereka akan terima.

Terbukti juga ramai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik syok sendiri menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional dan menafikan perlantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walhal majoriti Ketua Ketua Bahagian UMNO menyokong perlantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri sekaligus sudah tentulah menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Kesimpulannya UMNO tidak ada kekuatan politik apa lagi menempuh pilihan raya umum yang ke 15 akan datang. Hanya untuk menyediakan bakul makanan pun tidak berkemampuan, nasib baik Perdana Menteri berjiwa besar menyediakan peruntukan pada mereka.

2 comments

  1. selamat pagi sahabat..well ..kita tahu riuh kecoh UMNO kan..jikalau anna beri apa pun yg bersifat tolakansur buat UMNO itu mmg tidak berlaku skrg..cuma msg msg sudah terlihat rupa sifat UMNO yg masih berada dalam toksikberacun totobodo cluster JibbyMah & Wakjahid ianya masih berlegar kisah bagaimana cubaan helah muslihat selagi ada PH+Warisan Shafie Afdal & Parti Pejuang dah berdaftar..ibarat kawanan gerombolan org org yg mahu rampas mudah akan apa PNPPBM yg ada di depan mereka..aarghh peduli lah ..cuma anna mahu ucap terima kasih pada Rahman Dahlan yg tetiba terselit selamba pamerkan watak selubung toksikberacun grrrr..betul jugak kan kira tiada yg upstand open table..tak seronok jugak..adakah Rahman Dahlan berguru tuntut ilmu tinggi dari si Musang yg berani..the grand year 21 century pendemik term of Covid19..bagus idea begini..filem pra masuukk akhir zaman..sinotron LaaaaUnsuuurPubraKala๐ŸŒบ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ..bukan apa aku rasa terkehel akibat pornogoro Wakjahid present action move…eeehh skrg meeting pun kena skodeng๐Ÿ˜..pada Abg Hajiji just keep work…kita nie kan 2 in One..jadi tak perlu tamak haloba jikalau ader salesman datang menjual idea the kelepetkepitakatoksi cluster JibbyMah atau Wakjahid .sesiapa pun datang mahu membeli brg mahal berlian blackpink OutLook trendy..sedari apa PNPPBM,๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พact OSA 1972 Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ rupanyer …jadi UMNO mmg sekadar nama..mcm anna ada PPBM๐ŸŒบ jadi usaha lah sendiri bagaimana mau hidup..mau hidup senang mewah berduit juta Dolar ..berdikari kerja kuat raih semuanya..varulah rare kerek kaww..arrrghhh ..mau tido mau rehat jap …itu aja..cumma ..๐Ÿ˜Š

    AnnaAriff1972๐ŸŒบ๐Ÿ’ฏ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’–๐Ÿ๐Ÿ˜Š

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.