Adun Sulabayan Lari Rasmi Parti Di Malaya šŸ‘Ž

Kamu tengok politik Warisan ini. Semua wakil rakyat sibuk mengagihkan bantuan makanan di DUN atau Parlimen mereka.

Tapi wakil rakyat Warisan atau Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong ni pelik banyak. Di situlah dia terbang ke Semenanjung meninggalkan pengundinya hanya untuk mengurus Warisan di sana.

Ibaratnya begini, guna undi Sulabayan sebagai tiket untuk membuat kerja kerja berkebajikan di negeri orang.

Tapi entahlah, tidak boleh diberi perhatian sangat. Kerja yang sia sia ibarat mencurah air di atas daun keladi.

Pengundi Sulabayan, memamg totok Shafie pun. Pusing lah tentang mana pun, carilah kesalahan Shafie sebesar mana pun. Tetap saja calon Shafie iaitu Jaujan yang di undi.? So ini bukan soal pengundi Sulabayan dan Wakil Rakyat mereka.

Kalau pengundi DUN Bugaya ada cerita lagi. Ngam sikit boleh mengubah keadaan.

Tapi ini adalah soal parti Warisan yang semakin ketara auta, semakin ketara cakap tidak serupa bikin. Semakin ketara sebagai kepimpinan parti yang kuat meniup propaganda.

Adun Sulabayan yang juga Naib Presiden Warisan Jaujan Sambakong terbang ke Kelantan dan negeri Sembilan untuk mengesahkan pembentukan Warisan.

Ertinya parti Warisan telah bertapak di Semenanjung atau Malaya kalau mengikut versi Warisan.

Itu bermakna Warisan bukan lagi parti yang berkonsepkan parti tempatan atau parti yang layak memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 secara khusus.

Walau bagaimanapun jangan kamu hairan kalau masih ada jentera Warisan yang buat bodoh beretorik pasal perjanjian Malaysia 1963, yang kononnya mesti diperjuangkan melalui parti tempatan, tidak berkerjasama dengan parti parti yang berasal atau bertapak di Malaya. Hahahah!

Jaujan ni sudah tentu sama dengan bosnya, awal kemunculan Warisan di Sabah, menolak kerjasama dengan mana mana parti dari Semenanjung, walhal isteri mereka orang sana. Tapi ramai penyokong Warisan pada waktu itu yang tidak tahu hingga bukan main meyumpah pada orang Malaya. Sedih!

Hanya masyarakat yang kurang pendidikan dan tidak mengikuti perkembangan parti ini yang percaya Warisan masih relevan untuk diberikan kepercayaan. Shame on you lah!


Terpaksa juga dijelaskan artikel ini dibuat berdasarkan gambar diatas. Rujuk gambar tu jangan meroyan.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.