Junz Wong (Warisan) Kalah Malu Sampai Tawar Khidmat Peguam 😂

Semalam admin mendedahan kegagalan kerajaan Warisan dengan merujuk kenyataan politik Adun Tanjung Aru, Junz Wong!

Admin katakan kerajaan Warisan yang diketuai Shafie tidak berani melawan keputusan Kuala Lumpur malah bertindak bodoh dan bacul. Bila kerajaan Warisan pada waktu itu mengeluarkan wang negeri untuk membeli peralatan melawan Covid-19 yang sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan Persekutuan.

Tapi hari ini mencanang kononnya mereka berani memperjuangkan hak hak Sabah. Hahaha! Memalukan!

Klik link dibawah.

GRS Halang 4 Negara Memasuki Sabah, Junz Wong Tau kah? 🤭

Mungkin kerna telah terbungkam, hari ini si Junz Wong di akaun Facebooknya. Menawarkan khidmat peguam pada sesiapa sekiranya di saman ketika makan di restoran. Memandangkan kerajaan negeri Sabah telah melonggarkan SOP PKP peringkat negeri tapi tidak selari dengan SOP yang dikeluarkan oleh Persekutuan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Untuk nota tujuan kerajaan negeri GRS melonggarkan SOP adalah untuk memulihkan ekonomi rakyat Sabah yang terjejas akibat siri PKP penuh sebelum ini. Dan ia telah mendapat sokongan dari semua parti parti politik yang ada di Sabah kecuali parti Warisan.

Kerajaan Negeri juga telah menghantar SOP yang lebih detail supaya tidak timbul percanggahan diantara negeri dan Persekutuan.

Kerajaan GRS adalah kerajaan yang berani memikul tanggungjawab, apa yang dikata akan dikotakan. Sebab itulah tanpa berlegah dokumen yang lebih detail telah dikemukakan.

Namun sudah tentulah keputusannya bergantung pada turun naik kes baharu.

Jadi untuk apa Warisan menyediakan peguam. Minta puji?

Bukan macam kerajaan Warisan hanya untuk menuntut cukai produk Petroleum pun ketakutan, sampai dibuli oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak sebagai penakut dan hanya memperbodoh rakyat Sabah melalui agenda perjanjian Malaysia 1963. Hahahah!

Baru dua tahun setengah menjadi kerajaan negeri sudah pun ada wakil rakyat dan kakitangan kerajaan Warisan yang dihadapkan ke Mahkamah kerana salah guna kuasa tapi ada hati berlagak pembela. Hemmm!

Lebih baik peguam peguam itu digunakan untuk membela wakil rakyat, kakitangan dan beberapa peguam Warisan yang sedang berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah.

Jangan cuba menutup kegagalan kerajaan Warisan sebelum ini dengan kerja kerja yang hanya mendidik masyarakat menjadi moron, menafikan perlembagaan atau keputusan Hakim. Seperti yang ditunjukkan oleh Shafie, enggan menerima keputusan hakim Mahkamah Kota Kinabalu yang mendapati perlantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Sabah tidak sah di sisi undang undang. Walaupun begitu Amarjit Singh tetap meneruskan kerja kerja sebagai Pengarah Air Sabah atas arahan Ketua Menteri Shafie. Kerajaan Cowboy!


Apa masalahnya. Tidak pun kerajaan negeri menarik balik SOP itu hanya Warisan yang minta puji dan di sokong oleh kaki jilat alias penjilat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.