
Siapa Cakap Warisan berani melawan keputusan Kuala Lumpur?
Mari layan kenaifan Adun Tanjung Aru, Junz Wong.
Dia kata kerajaan Warisan pada waktu itu pernah menghalang kemasukan pelancong dari tanah besar China kerna ancaman Covid-19. Walaupun kononnya Federal telah menghubungi Sabah agar menerima pesawat dari Negara China yang membawa pelancong berkenaan.
Itu menjadi satu kebanggaan pada kerajaan Warisan.
Entah betul entah tidak Ketua Menteri Shafie berani menonggak arus. Sedangkan menuntut cukai Petroleum dari Petronas pun menikus ketakutan.
Tapi tahukah si Junz Wong kerajaan negeri Sabah dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Bukannya hanya menghalang kemasukan pelancong dari satu negara tapi juga pelancong dari empat buah negara sekaligus iaitu India, Perancis, United States, Afrika dan Brazil kerna ancaman Covid-19.
Klk link dibawah.
Kerajaan Sabah Sekat Kemasukan Dari Empat Negara Susulan Virus VoC
Sebab kerajaan negeri tahu Sabah ada kuasa Imigresen. Tapi tidaklah dibanggakan sangat macam Warisan ibarat ayam bertelur sebiji riuh se kampung. Sedangkan perjanjian Malaysia 1963 yang menjadi modal Warisan setiap pilihan raya, habuk pun tidak ada.
Pelik juga otak Si Junz Wong ni, dia berpendapat bila Federal sebagai “tuan” mereka pada waktu itu tidak memberikan bantuan kelengkapan melawan Covid-19, maka itu juga menjadi kebanggaan kerajaan negeri Warisan hingga sanggup mengeluarkan dana sendiri untuk membeli peralatan yang diperlukan. Sedangkan jelas itu adalah tindakan yang sebenarnya bodoh dan bacul.
Kenapa Warisan tidak membuat desakan hingga peralatan yang sepatutnya diperlukan diterima atau diserahkan. Bukan kah kalau menurut versi Sabah Ubah, Sabah ada kekuatan yang boleh menghalang sebarang keputusan Federal. Hahaha!
Seperti yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Berani melonggarkan SOP Covid-19 supaya ekonomi masyarakat dan negeri Sabah yang terjejas akibat siri PKP dapat dipulihkan dengan cepat. Walaupun pada hakikatnya bertentangan dengan SOP Federal atau MKN yang tidak membuat perubahan.
Bukan sebaliknya akur hingga mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Shame on you lah!