Nazri Aziz Isytihar Kembali Sokong Muhyiddin Yassin

Nazri Aziz isytihar kembali sokong Muhyiddin Yassin

Pengisytiharan terbaharu Nazri Aziz itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin yang dibuatnya pada Januari lepas. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan kembali sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, pengisytiharan terbaharu itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin yang dibuatnya pada Januari lepas.

Katanya, beliau membuat keputusan kembali menyokong Muhyiddin kerana mengikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang hanya akan memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. “Januari lalu saya membuat pengumuman menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Hari ini saya nak umumkan saya kembali memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin.“Dengan keputusan ini, penarikan sokongan yang saya buat sebelum ini terbatal,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat menerusi telefon.

Nazri juga pernah mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai. Pada awal tahun, Nazri mendakwa beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.”Saya tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 12 Januari lalu kerana ditipu oleh Zahid yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan.

“Zahid rancang, Ahli Parlimen UMNO yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan tarik sokongan one by one, hingga kerajaan ini jatuh.”Sebagai tanda setiakawan dan percaya kepada beliau, saya menarik sokongan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob membuat keputusan yang sama.

“Selepas saya dan Jazlan, tiada siapa yang umum tarik sokongan termasuklah Zahid. Sebagai presiden parti yang merancang semuanya, sepatutnya dia yang pertama tarik sokongan,” dakwa Nazri lagi.

Sumber Astroawani.com

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.