Nazri Aziz mendedahkan warna sebenar Zahid Hamidi sebagai pemimpin dan selaku Presiden UMNO yang cuba membawa jajaran baru atau mengajak Anwar, DAP (PH) untuk berkerjasama.
Nasib baiklah dinafikan oleh sebilangan besar Ahli Parlimen UMNO yang masih waras. Ingin melihat UMNO relevan dari konteks Perikatan Nasional, selepas penolakan rakyat pada pilihan raya umum yang ke 14 yang lalu.
Video ini mendedahkan betapa penipu dan hipokritnya pemimpin yang bernama Zahid Hamidi.
Zahid Hamidi adalah perancang undi tidak percaya bajet 2021 yang mewakili UMNO dan antara orang pertama yang diarahkan agar menarik sokongan ialah Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob.
Tapi Zahid Hamidi selaku ketua perancang tidak menarik sokongan. Sebaliknya selepas Bajet 2021 diluluskan datang berjumpa dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan peruntukkan RM3.8 juta.
Oleh itu menurut Nazri Aziz yang sebenarnya belaci ialah Presiden UMNO Zahid Hamidi bukan dirinya.
Malang Nazri Aziz ni tapi lagi malang Ahmad Jazlan sudahlah ditipu, tidak lagi mendapat peruntukan selepas Bajet 2021 diluluskan dan semena-mena melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB).
Kalau begitulah sikap seorang ketua, jadi siapa lagi yang sanggup menerima Zahid Hamidi. Mentaliti, lebih comel tukang tombak kelapa sawit. Alahai!
Kalau ada lagi ahli Parlimen UMNO yang pro Zahid. Ertinya sengaja menempah nama sebagai pemimpin yang buruk.
- KM Hajiji Serah Kenderaan Rasmi Kepada 21 Pejabat Kawasan UPPM
- UMNO Hilang Telur, Takut Pecat Shahelmey dan Empat Adun UMNO Sabah
- Bersatu Tenom Umum Keluar Parti dan Sertai GR/GRS
- Benar Kenyataan Mufti Penang Tidak Salah Lantik Ahli Keluarga Asal Layak (Nurul Izzah)
- Sabah Big Mouth Dedah Bung Sedang Berjudi