Sabah Gagal? Tapi Kenapa Masih Ada Rakyat Negara Jiran Cuba Memasuki Sabah Secara Haram?

Ilustrasi Sabah yang harmoni dengan petikan berita Sayang Sabah mengenai cubaan masuk secara haram.
Ilustrasi suasana Sabah; petikan gambar berita: Sayang Sabah.

Siang malam ada yang menggambarkan Sabah seolah-olah langsung tiada harapan. Segala masalah dijadikan modal untuk mendakwa kerajaan gagal, sedangkan penilaian mesti dibuat secara adil dan berasaskan fakta, bukannya sentimen yang disulami hasutan dan dengki.

Paparan berita Sayang Sabah melaporkan tiga warga asing ditahan selepas cubaan memasuki Sabah melalui “jalan tikus” gagal. Kes ini menunjukkan cubaan masuk secara tidak sah masih berlaku, sementara tindakan penguatkuasaan tetap berjalan.

Maksud aku, jika benar dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah, GRS yang diketuai Datuk Hajiji Noor gagal, tetapi mengapa walaupun Imigresen memperketat penguatkuasaan, namun masih ada rakyat negara jiran cuba memasuki Sabah secara haram.

Selain berkemungkinan besar akan kantoi dan ditangkap sekaligus di penjara. Mereka juga sanggup mempertaruhkan nyawa dalam perjalanan demi mengubah nasib diri dan keluarga.

Justeru gambaran yang cuba dimainkan oleh jentera pembangkang kononnya Sabah langsung tiada harapan memang keterlaluan dan munafik.

Sepanjang 1 Januari hingga 20 Ogos 2026, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah telah menghantar pulang 1,478 warga Indonesia dan 3,008 warga Filipina. Keseluruhannya, 4,750 pendatang asing pelbagai warganegara dihantar pulang dalam tempoh tersebut, menurut kenyataan JIM Sabah yang dilaporkan Bernama. Ini bukti bahawa penguatkuasaan berjalan.

Dari sudut ekonomi pula, Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi Sabah sebanyak 5.1% pada 2025, dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar mencapai RM88.8 bilion, berbanding RM84.5 bilion pada 2024 berdasarkan angka yang dikemas kini. Data ini menunjukkan ekonomi Sabah berkembang dalam tempoh pentadbiran GRS.

Kritik biar berfakta. Jangan sampai sentimen mengatasi kenyataan!

jalinluin.com

Sumber angka: Bernama, 20 Ogos 2026; Jabatan Perangkaan Malaysia — KDNK mengikut negeri 2025.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading