Mengupas sikap pemimpin yang hipokrit ni memang cukup memenatkan. Apa lagi kalau pemimpin itu baru saja ditolak oleh rakyat melalui pilihan raya.
Pemimpin itu ialah Presiden Warisan, Shafie.
Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengumumkan kerajaan negeri akan memperuntukkan RM15 juta untuk membeli Laptop sebanyak 10 ribu unit yang akan diagihkan pada pelajar tingkatan 5 dan 6.
Sabah Agih 10 Ribu Laptop Pada Pelajar Tingkatan 5 dan 6
Nah pembelian ini yang dikritik oleh Shafie dia mahu Vaksin yang dibeli bukannya Laptop. Hahaha!
Walhal menurut Menteri Tugas Tugas Sabah, Datuk Arifin Arif 10 ribu unit itu pun masih tidak mencukupi. Klik link dibawah.
Bantuan 10 Ribu Komputer Riba Masih Tidak Mencukupi
Untuk makluman pembelian Laptop ini disambut baik dan di alu alukan oleh golongan akademis. Sebagai usaha yang murni dan bertepatan pada masa dan ketikanya. Klik link dibawah.
KGKS Menyambut Baik Agihan 10 Ribu Unit Komputer Riba Kerajaan Sabah
PIBG Maktab Sabah Mengalu-Alukan Pemberian Komputer Riba daripada Kerajaan Sabah
Menyambut Baik Bantuan Komputer Riba Kerajaan Sabah Kepada Pelajar โ PIBG SMK Arshad
Kalau golongan akademik pun bersetuju kenapa pula Shafie berpendapat sebaliknya?
Kali ini pengalaman Shafie sebagai Menteri Perseketuan dijadikan asas untuk membuktikan kritikannya. Jadi mari pula kita highlight kegagalannya supaya Warisan nampak poyoh.
Tidak ada yang boleh menafikan Shafie yang bertanggungjawab mencetuskan gelombang kedua Covid-19 di Sabah.
Bila mana dia tidak menyerahkan jawatan Ketua Menteri walaupun tidak lagi mendapatkan sokongan ADUN.
Sebelum DUN dibubarkan secara rasmi. Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman ada mengingatkan Shafie supaya mengutamakan keselamatan atau kesihatan rakyat dengan tidak membubarkan DUN. Memandangkan waktu itu kes Covid-19 di Sabah sedang menular. Tapi ditolak malah sanggup mati mempertahankan jawatan Ketua Menteri Sabah, bila mana sengaja membubarkan DUN.
Semasa kempen pilihan raya negeri Sabah 2020 sekali lagi kepimpinan Warisan menunjukkan kejahilan mereka. Kali ini diucapkan oleh calon DUN Segama, Mohamaddin Ketapi ketika berkempen untuk dirinya. Dia kata Covid-19 hanyalah sandiwara sama dengan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.
Kusung kubid katanya.
Tapi hari ini Shafie dan kuncu kuncunya berlagak syok suci mengutamakan keselamatan rakyat Sabah dari ancaman Covid-19. Bikin muntah tak?
Kenapa lah pendekatan Presiden Warisan ni terlalu cetek dan singkat. Seolah-olah tidak pernah memegang portfolio Menteri penuh.
RM15 juta itu telah di peruntukan untuk membeli Laptop pelajar, kenapa tidak digunakan dengan sebaiknya. Bukan kah itu sudah menjadi hak mereka. Untuk apa lagi digunakan untuk kegunaan lain?
Soal Vaksin, Warisan sebagai pembangkang kampung kampung, duduk diam lagi baguslah. Jangan lagi paparkan ketidaktahuan tu, jangan ingat ini kerajaan Cowboy seperti kerajaan Warisan sebelum ini.
Selain urusan pembelian Vaksin telah diurus oleh Kerajaan.
Semalam media memberitakan Jepun dan China sudi menderma sejumlah Vaksin Sinovac dan AstraZeneca pada kerajaan Malaysia. Penghantaran pertama dijangka bermula Julai ini. Waktu itu siapa pula nanti yang akan disuntik kalau peruntukan RM15 juta itu digunakan untuk membeli Vaksin.
Kesimpulannya kritikan Presiden Warisan ini tidak ada asasnya atau sebenarnya kritikan yang mengada-ngada?
Lebih baik Shafie kritik wakil wakil rakyat Warisan yang gagal memikul tanggungjawab mereka. Macam makan gaji buta saja tu. Pengundi mereka kesempitan tapi kerajaan secara total pula yang dipersalahkan. Habis itu undi mereka dibuang ke tong sampah mana?
Tinggalkan Jawapan