Polemik Selepas Perbincangan Ketua Ketua Parti dan Agong

Artikel kali ini menjawab polemik yang muncul selepas perjumpaan Ketua Ketua Parti dengan Yang Di-pertuan Agong. Dimana ia telah melahirkan ramai pakar undang undang yang berpejabat di kedai kedai kopi sambil pekena Mee Maggi Kari. Hahaha!

Kalau pun niat itu untuk memburukkan kerajaan tapi agak agak jugalah. Jangan sampai nampak naif yang nanti mendapat malu ialah orang orang rapat yang ada di sekeliling anda.

Hakikatnya berdasarkan pendapat tuan dibawah, kuasa masih terletak di tangan seorang Perdana Menteri sebagai ketua pemerintah yang di dokong Institusi Raja atau Agong.

Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Dan Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz

Dalam masa dua minggu ini, sekurang kurangnya empat perkara penting telah berlaku berkaitan dengan politik negara.

Pertama, Yang di-Pertuan Agong telah perkenan menghadap pemimpin parti parti politik dan para pakar agensi kerajaan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu.

Kedua, Tun Dr. Mahathir mencadangkan penubuhan agensi seumpama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Ketiga, Tengku Razaleigh mencadangkan Majlis Raja Raja melantik Perdana Menteri baharu.

Keempat, keputusan atau titah yang dibuat oleh Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja.

Mengenai yang pertama, oleh kerana kami tidak tahu tentang isi atau isu perbincangan yang sebenar, kami tidak akan membuat apa apa komen mengenainya melainkan memperingatkan beberapa perkara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan) secara umum.

Pertama, negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Prinsip utama dalam sistem yang diamalkan secara serentak ini, melainkan dalam perkara perkara yang dikecualikan oleh Perlembagaan, Yang di Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet (termasuk Menteri Menteri) — Perkara 40(1) & (2) Perlembagaan. Nasihat tersebut mestilah diikuti (Perkara 40(1A)). Melanggar peruntukan itu mungkin akan menyebabkan Peguam Negara tidak dapat membela sekiranya sesuatu cabaran terhadap keputusan atau tindakan Yang diPertuan Agong dibawa ke hadapan mahkamah dan mungkin keputusan atau tindakan itu diisytiharkan tak sah.

Kedua, penasihat undang undang kepada Yang di Pertuan Agong adalah Peguam Negara. Ini diperuntukkan dalam Perkara 145(2) Perlembagaan. Jika Yang di Pertuan Agong membelakangkan nasihat Peguam Negara, dan sekiranya berlaku cabaran terhadap sesuatu keputusan atau tindakan Yang di Pertuan Agong di mahkamah, Peguam Negara sukar untuk mengambil tanggungjawab pembelaan. Kami berpendapat………… Klink link dibawah untuk mendapatkan artikel penuh.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.