Warisan Yang Takut Kehilangan PKR

Tipu lah dakwaan si Aziz Jamman tu. Dakwanya PKR atau Pakatan Harapan akan berkubur tanpa mereka dan hanya parti Warisan selaku pembangkang yang akan bertahan. Tipu lah ni!

Baru baru ini Angkat Muda Keadilan (AMK) menasihatkan kepimpinan mereka agar segera meninggalkan parti Warisan sebagai rakan sekutu. Namun gesaan itu dipandang sinis oleh Ketua Wira Warisan Aziz Jamman.

Iya Aziz Jamman betul lah tu hanya kamu yang bertahan tapi sebagai pembangkang sampai kiamat. Hahaha!

Begitu kira kira kenyataan si Aziz yang bertentangan dengan doa atau sumpah bekas penyokong Warisan yang tidak dihargai malah dianiaya, bahwa Warisan tidak akan bangkit dalam dunia politik sampai hari Kiamat.

Sebenarnya apa yang bakal terjadi adalah sebaliknya. Sebab itulah Si Aziz mengeluarkan kenyataan yang bertentangan kerna tanpa pengaruh PKR atau PH, Warisan akan berkubur. Hakikatnya PKR atau PH memiliki jentera yang berkualiti dan berpengalaman berbanding Warisan yang hanya mampu menganjing dan meniupkan sentimen kekitaan hingga ada dikalangan mereka yang lupa diri. (Kadang kadang bikin muntah hijau pun ada)

Semasa kerajaan UMNO dilanda tsunami PH  pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu. Ramai diantara penyokong PH yang bertindak menyokong Warisan namun sehingga kerajaan Warisan tumbang kehadiran mereka tidak dihargai. Jadi sudah tentulah selepas ini mereka akan balik ke pangkal jalan. Betul tak?

Calon DAP/PH pada pilihan raya negeri Sabah 2020 sanggup menggunakan logo Warisan tetapi ditolak oleh pengundi ini menunjukkan Warisan bukan lagi parti pilihan majoriti masyarakat Sabah.

Bab ini yang bikin muntah, menurut si Aziz sejak PKR menyatakan pendiriannya untuk berkerjsama dengan UMNO waktu itu juga Warisan tidak lagi bersama PH. Temberang betul kenyataan ni.

Teringat ketika mula mula Warisan bertapak di Sabah. Bukan main lantang lagi Warisan menafikan dakwaan pengundi kononnya Warisan tidak akan berkerjsama dengan parti parti dari Semenanjung atau Pakatan Harapan, ini kerana Warisan adalah parti tempatan yang akan menuntut sehingga 80% royalti minyak. Tahunya bila kerajaan dibentuk beberapa Ahli Parlimen Warisan dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan 80% yang dijanjikan, janji tinggal janji.

Begitu juga bila tersebar khabar angin nama Presiden Warisan, Shafie disebut sebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Tiba tiba suara sumbang penyokong Warisan yang memburukkan parti dari Semenanjung tidak lagi kedengaran. Tapi kerana tidak kesampaian suara suara anti Malaya balik berkumandang. Hipokritnya puak ni.

Nampaknya taktik atau propagadanda Sabah Ubah di pakai ulang. Persoalannya masih adakah orang yang percaya? Nah kalau ada terlalu naif pula orang tu.

Ingat kepimpinan dan kunc kuncu Warisan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Tengok apa berlaku di Tawau baru-baru ini pemegang pasport Indonesia pun ikut menunjuk perasaan di jalanan bagi mempromosikan kerajaan gagal. Soalnya kenapa orang luar seperti itu boleh terlibat tidak kah ia mengancam kedaulatan negara?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.