Zahid Tidak Ajak Bincang MP UMNO Sebelum Menghadap Agong

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibidas rakan pemimpin senior dalam parti, Datuk Seri Nazri Aziz kerana membawa agenda peribadinya semasa pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut mendedahkan Zahid tidak pernah memanggilnya atau mana-mana Ahli Parlimen (MP) UMNO lain untuk dirunding terlebih dahulu dan duduk semeja bagi membincangkan berhubung hala tuju yang ingin dipersembahkan kepada Tuanku.

“Saya sebagai Ahli Parlimen UMNO saya tidak pernah dirunding macam sekarang, kata nak jumpa Agong atau apa sahaja sepatutnya kita duduklah berbincang nak hala tuju… ini tidak,” katanya kepada Agenda Daily.

Nazri yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata mengetahui berhubung jemputan Agong kepada ketua-ketua parti itu tetapi Zahid tidak pula memanggil MP UMNO yang lain untuk berbincang, sebaliknya membuat keputusan secara bersendirian.



“Kena panggil kita mana boleh buat keputusan sorang-sorang, dia sekarang ini kena panggil Ahli Parlimen… kenapa takut nak panggil.

“Panggil bincang ini waktunya Zahid tak pernah panggil kita dengar Tuanku hendak jumpa ketua parti tapi dia tak pernah panggil kita nak tanya apa yang patut dibuat,” ujarnya lagi.

Zahid selepas pertemuan menghadap Agong pada Jumaat lalu berkata UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan sidang Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, Nazri menyifatkan keputusan tersebut dibuat Zahid secara bersendirian dan menegaskan pandangan peribadi tidak semestinya mewakili pendirian sesebuah parti, malahan sebarang ketetapan perlu melibatkan semua MP UMNO.

“Jadi sekarang ini Presiden bertindak sendirian… saya tak dipanggil, dia tak boleh buat pendirian sendiri… pandangan dia tak mewakili parti… tak boleh dia kena panggil kita,” katanya.

UMNO dilihat senada dengan pendirian blok pembangkang, Pakatan Harapan selepas menghadap Agong yang juga membuat gesaan sama untuk tidak menyambung Darurat pada 1 Ogos dan mendesak supaya sidang Parlimen dibuat.

“UMNO berpendapat Parlimen amat penting sebagai platform rasmi menyuarakan suara hati rakyat berkenaan dengan kepentingan mereka,” kata Zahid dipetik sebaik selepas menghadap Agong di Istana Negara.

Sumber Agenda Daily

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.