Wakil Rakyat Merotai Berhenti Bagi Cadangan Bodoh ðŸ‘Ž

Sebenarnya admin sudah sampai ke tahap muak mengambil kira kenyataan mengada-ngada dari spesis yang mereka sendiri tidak faham dengan apa yang mereka suarakan. Selain apa yang mereka suarakan itu bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini. Dan terlalu sibuk di negara orang, apa hal. Ada agenda yang akan membahayakan kedudukan rakyat Sabah kah?

Admin katakan di negara orang sebab salah seorang dari peserta perhimpunan “kerajaan gagal” versi Warisan itu telah kantoi rupanya pemegang pasport Indonesia. Menghairankan yang dia sibuk mencampuri hal negara orang apa hal, bukan dia tidak tahu Malaysia memiliki pentadbiran yang terbaik selepas Singapore.

Itu wakil rakyat dari Merotai tu bukan kali pertama membuat cadangan yang bertentangan dengan kenyataannya. Tapi juga bertentangan dengan tuntutan belaci Warisan yang sebelum ini cuba berlagak hero di tengah tengah masyarakat Tawau khususnya, Sabah amnya. Alahai!

Apa mangkuk dari Merotai itu cadangkan ;- PKP dilaksanakan sepenuhnya seperti PKP 1?

Dia nak penyokong Warisan di Tawau atau Merotai khususnya bunuh diri kerana tidak lagi mampu membayar ansuran bulanan kah. Kerana semasa PKPD dikuatkuasakan di beberapa kawasan di daerah Tawau telah berlaku siri tunjuk perasaan yang dipercayai dilakukan oleh penyokog atau jentera Warisan. Namun mendapat kecaman dari masyarakat Sabah sebagai golongan yang mementingkan diri dan tidak reti diuntung.

Tertulis di plycard mereka soal gaji, ansuran bulanan dan lain lain yang tergugat angkara kononnya PKPD. Pokoknya ketika itu mereka sedang nazak ekonomi dan hanya mereka yang terkesan. Masyarakat di daerah lain yang turut dikenakan PKPD tidak terjejas. Special betul puak Warisan ni.

Tapi boleh pula Wakil Rakyat Merotai mencadangkan supaya lockdown dilaksanakan secara total. Nampak benar miskin pujian dan mengada-ngada.

Begitulah kesimpulan susulan polemik yang cuba disebarkan oleh golongan yang entah apa apa tu.

Jadi Sarifudin selaku wakil rakyat Merotai, elok berhenti dari membagi cadangan bodoh dan remeh tidak ada maknanya pun. Sedangkan semasa kau berjawatan pembantu Menteri pun kau tidak tahu ada dikalangan Ahli Parlimen Warisan yang dilantik sebagai Pengerusi dalam agensi GLC tertentu. Walhal itu bertentangan dengan propaganda/manifesto Warisan yang tidak akan melantik mereka dalam GLC.

Betul kenyataan yang tersebar sebelum ini, Si Sarifudin tu spesis orang yang tidak boleh dipegang pada janjinya.

Oh ya untuk tidak menimbulkan fitnah cuba teliti baik baik foto yang menjadi cover artikel ini.

Tidak ada yang boleh menafikan budi pekerti dan sikap merendah diri orang Tawau. Tapi lain macam dengan puak Warisan ni. Macam manusia manusia yang baru keluar dari gua. 🤭

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.