Bila Warisan Yang Terbukti Gagal Menyeru Kepada Penyatuan πŸ‘Ž

Bila orang sehipokrasi ahli Parlimen Sepanggar yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Azis Jamman bercakap soal hak hak Sabah untuk yang kesekian kalinya. Kita pula yang terbaca kenyataannya merasa mual.

Entah dari sudut mana kenyataan dari orang seperti ini boleh kita nilaikan hingga mampu diterima oleh akal yang sihat sebagai pandangan yang boleh di kembangkan.

Si Aziz dalam satu artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia cakap begini, Pemimpin Sabah tidak mempunyai daya pemikiran yang sama seperti pemimpin Sarawak dan tidak kononnya melarang parti dari Semenanjung bertanding di Sarawak. Kerana itu kononnya dia mengajak parti-parti tempatan Sabah bergabung dengan mereka.

Benar UMNO tidak dibenarkan bertanding di Sarawak tapi disana parti dari Semenanjung lain seperti PKR, Amanah dan kalau kena caranya PPBM boleh ikut bertanding. Apa kau cakap tu Aziz, alahai.

Lepas itu si Aziz mengaitkan kenyataannya itu dengan kekayaa sumber alam Sabah dan Sarawak. So apa konon susahnya. Apa pula kaitannya tu. Hahaha!

Namun tidak bersambung kan, nampak benar parti Warisan ni parti yang dihuni oleh ramai orang orang yang hipokrit. Ini kerana si Aziz Jamman itu adalah bekas Timbalan Menteri KDN yang mewakili kerajaan persekutuan. Jadi bagaimana mungkin lagi dia layak atau sesuai berpolitik kenegerian, kalau bukan dia tu memang wakil rakyat yang hipokrit. Lucu!

Shafie dan Aziz Jamman sendiri yang bercakap semasa berkempen di pilihan raya yang ke 14. Bahwa Parti Warisan tidak akan berkerjasama dengan mana mana parti dari Semenanjung. Tahu tahu bila Pakatan Harapan mendapat kemenangan si Aziz Jamman dan beberapa lagi Wakil Rakyat Warisan dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan.

Parti Warisan pernah menerajui kerajaan negeri Sabah. Tapi seperti yang admin nyatakan dibawah hanya untuk menuntut cukai produk pun ketakutan. Tapi masih bercakap soal hak hak Sabah. Lucu!

Aziz itu kalau bercakap memang berdegar degar tapi biar admin berterus terang. Sikit pun kenyataannya tidak pernah menyusuk ke dalam hati. Kerana kita tahu kualiti kepimpinannya dan kepimpinan Warisan secara keseluruhannya. Baik sebelum menjadi kerajaan mahupun hari ini balik menjadi pembangkang aka besi buruk. Cakap saja besar tapi pada hakikatnya jenis orang yang mementingkan diri dan tidak berguna kepada rakyat, sebaliknya hanya bermanfaat kepada kroni dan kerabat mereka.

Apa berlaku pada Adun Melalap, Peter Anthony dan bekas Setiausaha kepada Menteri Pelancongan era kerajaan Pakatan Harapan. Bukan kah mereka dari parti Warisan dan dihadapkan ke Mahkamah kerana penipuan dan penyelewengan keatas wang atau dana rakyat?

Hari ini kalau kamu masih mendengar teriakkan yang menyuarakan aspirasi parti Warisan. Nah jangan kamu tersilap, kenali mereka terlebih dahulu. Mereka adalah golongan kayangan yang telah mendapat dedak, baik dalam bentuk projek mahupun dalam bentuk geran tanah. Berbanding golongan marhaen pro Warisan apa yang mereka telah dapat? tidak ada apa tu, jangankan perubahan yang menjurus pada diri mereka. Perubahan dalam bentuk prasarana yang boleh menjadi nilai tambah kepada ekonomi mereka pun tidak kelihatan. Nasib baiklah kerajaan negeri Sabah cepat bertukar yang banyak memberikan pelbagai bantuan. Kalau tidak sia sia hidup di negeri yang kaya raya.

Supaya tidak ada yang terlupa kerajaan Warisan terbentuk melalui persekongkolan Adun Adun UPKO menyebabkan ketua mereka si Madius Tangau diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Namun dihukum kalah oleh pengundi KDMR pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Bukan hanya diri Madius yang tumbang tapi parti UPKO secara umumnya hanya mampu memenangi satu kerusi dari lima yang mereka sertai. Pokoknya kalah dengan teruk kerana bersekongkol dengan parti Warisan.

Semasa kerajaan Warisan menuntut cukai produk Petroleum dari Petronas. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dr James Jemut Masing yang ketika itu bersama mereka melahirkan kemarahan dan kekecewaannya. Bila mendapat tahu rupanya kepimpinan Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal tidak berani mengemukakan tuntutan cukai produk petroleum pada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

Apa timbalan Ketua Menteri Sarawak cakap pada mereka. Menasihatkan agar lain kali jangan lagi berani memperbodoh orang orang Sabah melalui agenda perjanjian Malaysia 1963.

Tapi hari ini Ahli Parlimen Sepanggar, Aziz tanpa rasa malu sekali lagi melontarkan seruan yang sama.

Begitu juga dengan propaganda Warisan yang telah berjaya memperdaya pemikiran orang-orang Sabah. Seperti, menukar status ladang ladang Felda yang ada di Sabah menjadi peneroka dan akan diagihkan pada rakyat Sabah. Tapi apa, jangankan telah terrealisi hanya khabar kerajaan Warisan ada membentuk jawatan kuasa bagi membincangkannya, satu khabar pun tidak kedengaran. Temberang saja yang lebih!

Jadi pada orang yang bernama Aziz Jamman. Cukuplah jangan lagi susahkan hidup rakyat Sabah yang mulai sejahtera dibawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah atau kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.