Individu Lakar “Kerajaan Gagal” Kantoi Dicekup Polis

Nah propaganda “kerajaan gagal” terkantoi dan terbongkar. Sekali lagi usaha jahat pihak pihak yang tidak bertanggungjawab, terjawab dengan sendirinya.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai biasa biasa, dipercayai adalah individu yang bertanggungjawab melakar tulisan “kerajaan gagal” di Pulau Pinang berjaya di berkas oleh pihak Polis.

Lelaki berkenaan di berkas di rumahnya pada sekitar jam 3 petang. Pada tangkapan itu dia telah menunjukkan peralatan, seperti berus, cat hitam dan kereta Avanza yang digunakannya.

Nampak sudah kan propaganda kotor itu dilakukan oleh orang perseorangan yang sudah tentu dibiayai pihak tertentu. Dan ia digerakkan di beberapa negeri termasuklah Sabah. Di Sabah lagi kantoi rupanya yang terlibat dalam perhimpunan mereka adalah pemegang passport Indonesia.

Hasil lakaran barua upahan itulah yang dihebahkan secara berjemaah oleh belaci parti. Ertinya sejahat dan sebodoh bodoh tukang lakar, jahat dan bodoh lagi mereka yang sengaja menghebahkannya. Ini kerana tujuan mereka jelas berniat jahat bila mana sengaja memviralkan perkara yang tidak berasas atau tidak ada kebenarannya.

Lucu juga ya dalam satu kes. Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang potong rumput menjadi mastermind kepada Cybertrooperr anti kerajaan, bila mana mereka memviralkan lakaran tukang rumput itu tanpa mereka sedari. Cybertrooperr kelas kambing. Hahahah!

Maksud gagal dari konteks politik dan pentadbiran kerajaan ialah bila Parti yang diberikan mandat menodainya dengan mengambil wang rakyat. Sebab itulah walaupun kerajaan seperti itu berbelanja besar untuk menarik kepercayaan rakyat. Tapi rakyat tetap menolak mereka. Seperti yang berlaku pada kerajaan sebelum sebelum ini.

Bagaimana mungkin Kerajaan Perikatan Nasional di labelkan sebagai kerajaan gagal. Sedangkan kerajaan ini berjaya membendung penularan Covid-19, berbanding negara negara jiran Filipina dan Inodesia yang berada di tangga teratas.

Terbukti slogan “Kerajaan Gagal” hanyalah propaganda pihak yang gagal mempertahankan kerajaan mereka sebelum ini. Akibat lemah dan tidak amanah.

#kerajaangagalpropagandatolol

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.