Exco Selangor Langgar SOP Tapi Pembangkang Salahkan PN ðŸ‘Ž

Semalam tersebar gambar Majlis Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor melanggar prosedur operasi standard SOP, PKP. Berkenaan ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya.

Susulan itu Polis Selangor akan membuka siasatan keatas mereka.

Namun sehingga hari ini masih ada penyokong PH dan segelintir penyokong UMNO berlumba lumba menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional. Sedangkan kamu tengoklah, mereka yang degil melanggar SOP.

Begitu juga penyokong Warisan di Sabah turut menyalahkan kerajaan. Walhal kalau kita teliti kawasan yang kerap dikenakan PKP ialah kawasan atau DUN yang diwakili parti Warisan. Seperti Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Nampak? Malah keluar menunjuk perasaan lagi.

Bukan hanya itu kita kerap mendengar berita penangkapan pendatang asing tanpa izin yang cuba memasuki Sabah, melalui Kalabakan Tawau yang kita tahu dikuasai oleh wakil rakyat Parti Warisan. Ini juga menyumbang kepada ancaman Covid-19. Tapi yang tetap dipersalahkan ialah Kerajaan Negeri.

Sebagai wakil rakyat sudah mereka membuat laporan polis kah perihal pencerobohan pendatang asing tanpa izin yang semakin menjadi-jadi itu? Jangan malah dikerah menunjuk perasaan seperti yang berlaku di bandar Tawau baru baru ini, ya sudahlah. Terdesak sangat sampai sanggup mengangkat pemegang pasport Indonesia untuk menunjuk perasaan. Hahahah!

Sikap mengada-ngada dan telah sinomin dengan pembangkang. Kalau kerajaan tegas menguatkuasakan peraturan PKP maka kerajaan akan didakwa tidak mempedulikan ekonomi rakyat, walaupun pelbagai bantuan kewangan telah diberikan. Bila pula kerajaan membuat kawalan secara berperingkat didakwa pula kerajaan ini kononnya lembab. Serba tidak kena.

Hari ini tahap jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin hari semakin meningkat telah mencecah lebih enam ribu jangkitan sehari. Nah pada penyokong pembangkang yang anti PKP. Nah pergi kamu kutip satu-satu virus tu dan agihan pada kawan-kawan, kalau prihatin sangat agihkan pada keluarga terdekat, nak sangat kan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.