PBT Diminta Pasang Pili Bomba Setiap Kampung

TAWAU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta untuk memastikan setiap kampung di daerah ini disediakan pili bomba bagi kemudahan sekiranya berlakunya kebakaran.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penyediaan pili bomba di setiap kampung juga sudah diutarakan diperingkat Dewan Undangan Negeri sebelum ini.

“Pili bomba sangat perlu terutamanya di kawasan perkampungan yang tidak teratur dan sukar dilalui oleh pasukan Bomba.

“Apabila berlakunya kebakaran di kawasan kampung memang agak sukar pasukan Bomba mencari sumber air untuk memudahkan proses pemadaman,”katanya

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan wang tunai kepada lapan mangsa kebakaran di Kampung Kinabutan Bukit, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, banyak perkampungan di daerah ini terutamanya di DUN Apas tidak tersusun.

“Kita berharap PBT dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini dan segera menyediakan pili bomba di kawasan-kawasan yang memerlukan,”katanya

Mengulas mengenai sumbangan itu, katanya, sejak dari hari kejadian lagi pihaknya sudah turun menghulurkan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada semua mangsa.

“Pejabat DUN Apas sentiasa turun padang dan mengambil tahu permasalahan penduduk supaya setiap mangsa tidak terabai.

“Kita tahu semua mangsa tersebut merupakan golongan B40 dan berharap kepada pihak yang mempunyai kelebihan untuk tampil bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada mereka,”katanya

Nizam menasihatkan semua penduduk kampung supaya sentiasa berhati-hati agar kejadian itu tidak berulang lagi.

Menurutnya, pihak kerajaan akan cuba membantu setiap rakyatnya melalui pelbagai program yang disediakan termasuklah menyediakan Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Mangsa kebakaran yang berminat untuk memohon PPR di daerah ini, mereka boleh memohon mengikut prosedur ditetapkan dan pejabat DUN Apas akan menyokong sekiranya mereka layak,”katanya. – Utusan Borneo

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.