Sarifudin Hata Sila Ikut SOP, Kau Siapa?

Kesian pada pendapat si Sarifudin Hata. Orang dah bagi betis mereka nak paha pula. Betul-betul penyokong Warisan ni, spesis yang susah untuk diuntung. Sebab itulah politik puak ni tidak boleh dilayan sangat. Bayangkan peraturan yang bertujuan untuk menjaga kesihatan dan keharmonian rakyat secara keseluruhannya mereka boleh pertikaikan dan menuntut sesuatu yang semata-mata untuk kepentingan diri mereka.

Sebelum admin bercakap lebih lanjut soal jadual operasi premis di daerah Tawau yang dipertikaikan oleh seorang wakil rakyat Warisan, Sarifudin. Suka admin menarik perhatian pembaca berhubung retorika mereka dalam setiap tuntutan yang cuba dipolitikkan.

Hakikatnya spesis seperti Sarifudin sengaja atau suka membuat kenyataan yang mengada-ngada, tujuannya untuk menonjolkan dirinya dan akan dianggap sebagai pemimpin yang mewakili penduduk Tawau. Cakap Melayu pun tidak lepas nak mewakili penduduk Tawau pula ya. He!

Mewakili rakyat Tawau macam mana, sudah tentu pasti kaum Bumiputra, Bajau Suluk di daerah Tawau tidak menyokongnya. Lalu tentang mana dia ni mewakili rakyat Tawau.

Bukan itu saja pagi tadi admin ternampak gambarnya bersama tulisan perjanjian Malaysia 1963. Pertanyaannya, tentang mana dia tu layak bercakap soal perjanjian Malaysia 1963?

Sedangkan antara prasyarat utama seseorang untuk boleh ikut menuntut Perjanjian Malaysia 1963 ialah bangsanya wajib berstatus Bumiputera dan yang paling penting ibu bapa bukan pemegang IC projek. Bagaimana dengan si Sarifudin dia bukannya Bumiputera. Ertinya apa pun yang dia cakap berhubung perjanjian Malaysia 1963, itu hanyalah retorik semata-mata. Kenyataan yang tidak ada rasa.

Inilah antara lain kerosakan yang telah dibawa Presiden Warisan atau Shafie Afdal merosakkan struktur masyarakat Sabah. Dia ni sanggup mengorbankan hak bumiputera asalkan dirinya berada di puncak kuasa.

Menerusi kenyataan Sarifudin di akaun Facebooknya, meminta Presiden Perbandaran Tawau agar menambah satu jam bagi dua kategori yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Tawau.

Seperti dibawah, jadual asal dibawah tidak dipersetujui oleh si mangkuk Sarifudin. Justeru itu kononnya kategori nombor 2 dan 3 mesti diubah ditambah sejam sehingga jam 7 malam.

Apa juga bezanya antara jam 6 dan jam 7 tu. Hakikatnya pembeli di bulan puasa hanya membeli juadah mereka sebelum waktu Maghrib atau waktu berbuka atau sekitar jam 6pm. Nak tutup sampai jam 7 untuk apa? Bukan boleh duduk makan dalam restoran pun.

Pun begitu perkara ini telah mendapat perhatian dari wakil rakyat Apas Datuk Nizam Tititangan. Dimana hal itu akan dibincangkan secara serius dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana Sabah. Alhamdulillah. Ini baru namanya dalam diam bertindak secara serius sehingga ke peringkat atasan bukan seperti si Sharifuddin tu hanya kecoh di Facebook yang tujuannya hanya untuk mencari populariti.

Terbaik Wakil Rakyat Apas, Datuk Nizam Tititangan. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.