Dawkaan PH 17 Dari 21 Perkara MA 1963 Telah Selesai Adalah Pembohongan

KOTA KINABALU: Seorang menteri persekutuan menolak dakwaan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bahawa ia sudah menyelesaikan 17 daripada 21 isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Maximus Ongkili, berkata dakwaan itu “tidak benar.”

Katanya, Majlis Khas MA63 (MKMA63) diwujudkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mendapati kebanyakan yang didakwa PH sebagai resolusi sebenarnya sekadar “penyataan komitmen.”

“Mereka (PH) mendakwa daripada 21 isu dibangkitkan, 17 telah diselesaikan. Sebenarnya ini tidak benar. Tiada keputusan muktamad kecuali sekurang-kurangnya dua atau empat isu di Sabah termasuk perhutanan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, komitmen diberikan berhubung isu berkenaan tetapi tiada dasar, undang-undang atau peraturan dilaksanakan berhubungnya.

Ongkili berkata, kerajaan PN akan menyelesaikan komitmen berkenaan, bermula dengan pemulangan rasmi Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Sabah.

Satu lagi komitmen melibatkan pemulangan kawalan dan pengurusan penuh pengagihan gas kepada Sarawak.

Ongkili yang mengetuai sekretariat MKMA63 berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat dua jam yang turut melibatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan rakan sejawatnya dari Sarawak, Abang Johari Openg.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Hajiji berkata kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tegas mahukan penyelesaian semua isu bawah MA63.

Katanya, GRS mengekalkan pendiriannya bahawa semua isu atau tuntutan bawah perjanjian itu mesti dipenuhi.


Ternyata dakwaan kepimpinan Warisan sebelum ini yang mendakwa sebaliknya adalah pembohongan auta semata-mata. Betul-betul ini Parti Warisan tiada guna oh.

Nafsu dan bermain propaganda saja mereka rajin namun habuk pun tidak ada. Benarlah dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Dr James Jemut Masing ketika mereka bersama kerajaan Warisan menuntut cukai produk Petroleum. Dimana James mendedahkan kepimpinan Warisan pada ketika itu takut mengemukakan tuntutan mereka pada Federal atau Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir pada ketika itu.

Akibatnya beliau telah menempelak pemimpin dan Warisan agar jangan lagi bersikap hipokrit dan berpura-pura, konon menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963, kalau pada hakikatnya takut pada Persekutuan.

Dua kali kantoi ini Warisan bab perjanjian Malaysia 1963 oh. Masih ada lagi kah orang Sabah yang percaya pada Parti Warisan khususnya berhubung perjanjian Malaysia 1963? Orang tolol dan tidak ada maruah saja yang masih menyimpan kepercayaan. Alahai!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.