UMNO Khianat Muafakat Nasional Jika Audio Tulen. Memang Tulen Pun!

KUALA TERENGGANU: UMNO mengkhianati kerjasama Muafakat Nasional (MN) sekiranya rakaman audio yang dikatakan mirip suara Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen.

Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu sama sekali membelakangi kepentingan deklarasi yang ditandatangi kedua-dua pihak pada 14 September 2019.

“Jika benar wujud usaha menjajarkan hubungan antara UMNO dengan parti lain yang membelakangi kepentingan MN, bagi saya itu satu pengkhianatan terhadap MN.

“Tetapi kita berharap perkara itu tidak benarlah kerana yang saya faham UMNO menerusi keputusan Majlis Tertingginya menegaskan ‘no DAP, no Anwar’. Kalau berlaku sebaliknya, maka itu telah melanggar apa yang diputuskan dalam MN,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Malaysia Prihatin peringkat Terengganu, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan rakaman audio itu sebagai isyarat awal penjajaran politik baharu yang ditolak parti berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dan Anwar menafikan suara mereka dalam audio berkenaan dan masing-masing akan membuat laporan polis.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Khairuddin berkata, hubungan antara Pas dan UMNO masih berjalan seperti biasa termasuk urusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Induk MN yang diatur setiap dua kali sebulan dengan terbaharu diadakan pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, katanya, Pas tidak perlu meminta restu UMNO untuk membincangkan soal agihan kerusi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebaliknya bebas melakukan perbuatan tersebut dengan sesiapa.

“Tidak timbul tentang restu sebab kita bebas berbincang dengan sesiapa sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

1 komen

  1. assalammualaikum..selamat berpuasa selamat dan kuat semangat kita semua demi hidup msg msg..mehh Lahhh..anna beri bawang merah putih sikit..kdg tu malas jugak nak jawab jawab hal hal ini..sekiranya..kawan yg bijak..peduli aja ttg Umno yg tertoksiktotokvovid era mantan PM6 & mantan TPM DSZH nihh..mereka tuuhh..ketika sebelum ter’dead Umno..bukankah Dap..PKR (dari clusters PR lagi) dan juga itu AI kan terbebas dgn rayuan kes chapter One ..masa mantan PM5 Pak Lah ..akibat alasan Hakim terkhilaf buat keputusan..padahal angkara dari mak AI yg dok minta rayu kat mak Pak Lah agar anaknyer Anwar Ibrahim tu dilepas bebas..Opppps..terjujur pulak aku ..pagi pagi nie..dan perlu ingat..Dalam Umno ketika belum terbala petaka..inikan semua kawan kawan baik anwar ibrahim..kau tahu tak..org org mahathir langsung tiada..kesiankan mantan PM4 DSDrM..bayangkan diri Mahathir dan anna side kick bommmbastik yg berdepan dgn keseluruhan haram jadah ini..note penting..ttg konon PM suka campur tangan dalam penghakiman perundangan m’sia…ia bermula dari mantan PM5 Pak Lah …contoh terhebat yg aku dapat dari R&D OSA 1972..irulah kes anwar ibrahim..terang gila namun all blind blind not stupid enough.. tak baik tuduh Dr M…tuuhhh..apabila PM 4 lepas jawatan siri tahun 2003…terbalik bongkang msg msg…mcm mcm hal..hinggalah si Jibby buat PUAKA gred lebih teruk dari Pak Lah…mmg patutkan anna dan Tun M back again as🐝PPBM🌺..Tun M back to seat PM 7 ..anna back to take back MyDaerah ke 12 (Federal State Putrajaya) ITU sebab soal lantik PM 7 lepas PRU 14 pun ..rupernyer..musibat laknat hati org org berkarat ..tiada tempat utk org org mereka duduk di kerusi PM selain yg mereka jugak (PR Lerrr) yg dok gatal calonkan nama Tun M PM 7..sebab diaorg tahu..tiada yg layak ..hanya ada Tun M..ITU pun poraksakan dgn anna gara gara mmg anna tak suka sgt tag PR nie..nak kata apa yeaaa..ini untung satu pekara..anna dapat Federal State Putrajaya..refer aja pada mantan YDPA Tuanku Sultan Raja Perlis dan para Sultan Sultan yg ada serta Tun M@DSDrM…demi allah swt…anna tidak berbohong melainkan kata yg benar..dan taruhan diri berani kerana benar..demi negara m’sia..maaf kawan..kongsi sikit apa anna tahu dgn kamu..tang Umno tuuhh..biar pi lagu apa pun..target trigger anna pada lagi Big ..beb..takat zahid hamidi…kami kan dalam pasukan Sang Saka Biru …para pegawai penguatkuasa krjn persekutuan..cuma anna mmg dari YDPA dan PM M’sia…jadi kena tahu beza bagai 😁 …choww..chowww weehh..

    AnnaAriff1972🌺🐝😎🌏

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.