
Betul-betul pemimpin seorang ni tak boleh pakai. Pemimpin UMNO yang admin maksudkan ialah si Tajuddin Abdul Rahman.
Seorang pemimpin UMNO. Cakap pagi, petangnya lain cakap petang malamnya lain. Bagilah fakta yang membuktikan dia telah kantoi dalam kenyataannya tetapi pada dia itu bukannya isu.
Bayangkan kalau ketua pun berperangai seperti ini apalagi anak buahnya pasti terlebih dahsyat. Menyeramkan.
Cakap berdegar-degar sanggup mati untuk Najib tetapi tidak lama selepas itu mengkritik Najib secara terbuka. Ini cerita lama cerita selepas UMNO tumbang pada Pakatan Harapan.
Lama sebelum ini dia ada cakap, apa salahnya menyelamatkan pemimpin UMNO yang terpalit dengan rasuah dengan memperalatkan parti UMNO, tidak salah katanya.
ORANG SEDANG LEMAS TERKAPAI-KAPAI BUAT MACAM-MANA, CARILAH JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI. Ini alasan Tajuddin, ketika membenarkan UMNO menjadi alat bagi menyelamatkan Zahid Hamidi yang bermasalah. (lebih kurang begitulah)
Baiklah itu semua bukannya isu dalam politik. Apa lagi dari konteks parti UMNO. Betul tidak?
Oh ya baru saja semalam Tajudin mengkritik Khairy Jamaluddin sebab mendesak agar pemilihan UMNO segera diadakan. Tajudin kata itu hanyalah alasan Khairy untuk mencari jawatan dalam UMNO. Khairy Jamaluddin juga dibahasakan sebagai tidak nampak batang hidung ketika UMNO berada sebagai pembangkang. Siap mengingatkan Khairy yang UMNO tidak bodoh. Hahaha! Tau tau!
Tetapi berdasarkan pendedahan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim. Ternyata Tajuddin Abdul Rahman jenis orang atau pemimpin yang susah dipercayai.
Menurut Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim. Setahun yang lalu, Tajudin telah cuba menjatuhkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO Malaysia dengan mengumpul tandatangan ketua-ketua Bahagian UMNO. 🧐
Nampak tak orang yang kuat membodek pun ada hati menikam bos mereka dari belakang. Hahaha!
UMNO ni semakin hari semakin menakutkan, sikap mereka semakin menjadi-jadi cakap tidak serupa bikin. Bukan hanya cakap tidak serupa bikin tetapi sanggup menikam kawan dari belakang, bukan hanya kawan, bos pun mereka tikam. Hahaha!
- Warisan Kampung² Konon Marah Pada KM Hajiji Pasal Regata Lepa, Kesian
- Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Kantoi Memfitnah Di Mahkamah
- Malaysia Akan Terus Menuntut Wang Rakyat Dalam 1MDB – SPRM
- Kerajaan Sabah Lancar Tabung Pendidikan Negeri Bulan Depan – Hajiji
- Mahkamah Tolak Saman Apandi Ke Atas Lim Kit Siang