Zahid Hamidi Penyebab Kepada Kehancuran MN – Nazri Aziz

PETALING JAYA: Perpecahan gabungan Muafakat Nasional (MN) susulan percanggahan pendapat sesama pemimpin UMNO dan Pas berpunca daripada kegagalan serta kelemahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, malah Ahmad Zahid dilihat tidak mampu menggerak atur hala tuju parti sehingga menyebabkan ramai termasuk pemimpin Pas.


Begitu penjelasan Nazri Aziz selaku pemimpin utama UMNO berkenaan partinya yang semakin hari semakin menuju kehancuran. Disebabkan oleh tangan tangan pemimpin UMNO itu sendiri.

Memang begitu kalau tidak pandai bersyukur atau memanfaatkan peluang yang diperolehi secara ajaib. Ajaib lah tu bila bantuan datang di saat UMNO telah ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum yang ke 14.

Hakikatnya fakta yang tidak boleh dilupakan ialah selama ini PAS mampu bertahan kerana bermusuh dengan UMNO. Tanpa UMNO yang menjadi musuh hakiki agak mustahil bagi PAS menjalankan politik mereka.

Skandal 1MDB dan pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat adalah modal PAS pada pilihanraya umum yang lepas. Hari ini pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah. Ini membuktikan dakwaan PAS pada waktu itu ada KEBENARANNYA.

Namun bila UMNO dan PAS serta Parti Bersatu membentuk kesatuan melalui kerajaan Perikatan Nasional. UMNO masih tidak mampu mengakui kelemahan mereka, walhal kerana skandal dan pemimpin berkenaanlah UMNO di tumbangkan oleh rakyat pada pilihanraya yang ke-14 yang lalu.

Hari ini Zahid, Najib dan beberapa lagi pemimpin UMNO yang menjadi faktor kekalahan UMNO terus menjadi pemain utama kepada masa depan UMNO. Apa barang oh.

Apa UMNO ingat pemimpin-pemimpin PAS itu bodohkah tidak reti menilai keadaan dari semasa ke semasa.

One Comment

  1. ini pekara yg πŸ’₯ ..realitinya kita singgah sana sini hanya mahu kenali dgn lebih baik lagi..ibarat carik carik bulu ayam..cariknya jgn sampai togel..kira ini perihal yg paling sensitif buat melayu m’sia..mungkin tiada yg tahu akan apa yg si tua yg lebih tua itu tahu..dan akibat tiada rasa malu terhadap perbuatan sendiri jadi tiada yg kisahkan apa yg sebenarnya berlaku..org org politik berwayang sesama sendiri hingga satu ketika ada melayu yg kisahkan ttg krjn nya serta hidup melayu org org sepertinya..rasmi atau tidak..akhirnya semua langkah mati terus..berguna juga buku kecil yg Dr M selalu simpan kat bajunya..cuma versi buku 3 555 nie cakap nya sentiasa benar…malah suaranya aja..msg msg lari bersepah..tiada manusia perolehi pekara yg sgt tinggi harganya seperti yg anna harungi..maybe..jadi the writer.. buku panas terhangat di pasaran..lagi pun ini pengalaman yg baik buat awak juga..selagi kita punya nyawa..buatlah satu kebaikan utk akhirat kita..anna dah..awak pula bagaimana kawan😁

    AnnaAriff1972πŸŒΊπŸπŸ’–πŸ˜

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.