Tajuddin Ingatkan KJ Jangan Desak UMNO Adakan Pemilihan πŸ˜‚

Ini lagi orang tua kalau bercakap betul-betul macam plastik. Sebenarnya dia sedar apa yang dia cakap itu hanyalah kenyataan semata-mata, sebab selama ini pun mereka membuat perkara yang sama, kenyataan yang meludah ke langit.

UMNO cukup cukuplah berlagak suci murni dan kononnya mendorong demokrasi itu. Hakikatnya UMNO memang tidak ingin berubah dan yang paling penting tidak boleh menerima pendapat orang lain. Walaupun untuk kebaikan UMNO itu sendiri hanya kerana berbeza pendapat sebelum itu.

Nampaknya UMNO terus dikuasai oleh pemimpin-pemimpin veteran yang tidak lagi mampu memahami aspirasi orang muda.

Tajuddin mendakwa kenyataan Khairy Jamaluddin (KJ) yang mendesak supaya pemilihan UMNO dipercepatkan sebelum pilihan raya umum ke 15 hanyalah bersifat peribadi untuk mendapatkan jawatan.

Sedangkan niat Menteri Sains, Khairy itu adalah untuk kebaikan UMNO. Memandangkan UMNO mulai ditolak oleh rakyat akibat pemimpin pemimpin utamanya yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Tajuddin juga membahasakan Khairy sebagai batang hidung pun tidak nampak ketika UMNO bergelut sebagai pembangkang.

Tahu pun Tajuddin bertapa sakitnya sebagai pembangkang tetapi bila sudah berpeluang menjadi kerajaan boleh pula berubah sekelip mata menjadi sombong bodoh. Kenapa admin katakan sombong bodoh sebab tidak sudah-sudah mendesak Perikatan Nasional supaya membubarkan Dewan. Bukan hanya itu, pilihanraya masih jauh tapi sudah memutuskan hubungan kerjasama dengan Parti Bersatu yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Justeru itu pemimpin UMNO yang sudah lewat ini mengingatkan Khairy, jangan ingat mereka bodoh tidak tahu apa yang berlaku.

Sekarang apa cerita anak muda? UMNO baru baru ini turut menuntut supaya rakyat Malaysia yang berumur 18 dibenarkan mengundi. Mengundi apa kalau pemimpin setua ini masih mendominasi politik UMNO. Hahahaha!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.