Rasuah Perlu Ditangani Secara Sistematik dan Menyeluruh

TAWAU; 27 MARCH 2021 (Sabtu) – Rasuah merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh. Ia bukan sahaja berkaitan kesalahan undang-undang, malah kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perbuatan menerima rasuah sudah pasti memberikan kerugian besar kepada Negara. Ini kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan bagi apa juga program atau projek yang dilaksanakan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Anti Rasuah, peranan Kontraktor dalam menangani Rasuah anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Tawau bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di Dewan Masyarakat Tawau.

Mengenai forum itu, Datuk Nizam yang juga wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas berkata, ia merupakan salah satu inisiatif SPRM untuk mendekatkan diri dengan masyarakat khususnya para kontraktor bagi mengenalpasti fungsi SPRM selain mengetahui kesalahan-kesalahan asas yang berlaku sepanjang menjalankan tugas seharian.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Sabah Karunanithy Subbiah berkata, penganjuran forum itu berikutan setiap tahun pihaknya menerima maklumat kesalahan rasuah yang serius dilakukan kontraktor dalam usaha mendapatkkan kerja-kerja perolehan kontrak daripada agensi kerajaan.

Forum sehari itu disertai lebih 100-peserta melibatkan kontraktor kelas F dan G yang menawarkan perkhidmatan dan penyelenggaraan.

One Comment

  1. Hallo kawan ke💖gan hamba…pihak kita🌺 krjn m’sia sememangnya serius dalam hal rasuah ini..dari sebelum Jibby sengal buat petaka angkara..bab rasuah ini telah diangkat naik ke peringkqt antarabangsa ..ingat lagi..tatkala mantan PM 6 itu terselubung cerita IMDB serta 2.6B…kan di Putrajaya ada terima tugas utk pewakil para pegawai (high officer level) Badan Pencegah Rasuah Antarabangsa..dok meeting seminar di PICC Putrajaya hingga si mantan PM 6 tak mahu hadir buat perasmian..alasan konon keadaan tidak bagus…masa itu siJibby dah kena tenyeh dgn kami semua gara gara takut kan MyOversea High Level Officer..dah lama up to Global.. mmg m’sia telah sah status dalam perang tentang rasuah ini..iru HaaaH…ada arca tangan yg Tun M terima dari (alahhh luper nama) itu hasil dari kami🌺 para pegawai krjn m’sia..bukan PH punya…takat sedap alasan dari Tun M..amendernya…jadi last warning ttg rasuah…jgn terjebak rasuah tiada kompromi..tiada ampun…maka elok elok baik molek lah kita yeaaa..raih pahala kebaikkan utk kita juga bila tiada lagi fungsi manusia atas dunia ini..Dead ..derrr..😃

    AnnaAriff1972😃

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.